Wednesday, December 14, 2005

aku bosan

im home. back for good.
at the moment tgh busy apply sana sini carik keje.
the boring is killing me.
aku nak keje cepat weih.
bosan lama-lama terperap dok umah jek.
nak kuar jalan pon nak g mana? kawan-kawan semua keje.
sen xde plak tu. huh.
damn.
umah plak server lembap. xde streamyx.
aku perlukan kerja.
aku perlukan streamyx.
aku perlukan laptop.
aku perlukan kete baru.

Monday, December 05, 2005

mechanical graduation night

sabtu, 3 dis 05 .
aku dan kawan-kawan aku telah menganjurkan graduation night yang telah diadakan di garden hotel batu pahat. since budget xbyk, buat laa kat hotel murah-murah jek. tp nasib baik makanan sedap.
so yg dtg ada laa dekat 60 org. walaupon xramai tp nak wat camne byk tu jek yg dpt dikumpulkan.


inilah antara dak pempuan yg ada. sbnrnya mlm tu cuma ada 8 org jek dak pempuan... kesian.
kol 8.45mlm majlis pon bermula.

jamuan makan dulu. sambil makan ada tayangan slide. gamba budak2 mechy batch 2000. slide tersebut dihasilkan oleh wan seorang diri. 2 hari xtido beb buat benda alah tu. tp hasilnya sgt memuaskan. sape2 yg nak slide tu xkire koranf dtg ke x boleh mintak pada aku atau wan atau pakya atau sesape yg ada. kene simpan rugi kalau xbuat koleksi.

ini ialah wan dan teman-teman rapatnya. (wira sedih x kau xde dlm gamba ni... hehehe)

lepas tayangan slide ada performance. wan dgn rambo perform nyanyi 2 lagu. gamba ni masa wan tersalah masuk ... hahahahha.

lepas diorang perform ada karaoke plak. yan (spt gambar di atas) antara yg plg menyerlah mlm tu sbb dia siap joget skali. wahahahhaha. dia ni mmg ratu karaoke pon.. chare laa yan. semua org terhibur. aku pon kene paksa nyanyi gak... tp aku xlaa seterer yan nyanyi ... :P

lepas tu sesi mengambil gambar. mechanical batch spm 2000.

ni kelas seksyen 1 yg sgt suke bergambar...

ni kelas aku (seksyen 2) yg pendiam dan baik-baik...

ini kelas seksyen 3 yg agak happenning...

mmg best giler mlm tu. lepas majlis tamat lepak bp walk plak mium sampai kol 2am. penat giler. but we really enjoyed ourselves.

psm presentation

28Nov 05.
psm 2 presentation.

me with housemates n friends sebelum pegi presentation. well done everyone. we made it :)

tgh present laaa ni ... berjaya menjawab semua soalan dengan jayanya. ini semua kerana berkat bantuan co-supervisor yg telah mempsmkan aku 2 hari sebelum itu. time kasih co-supervisor yg telah byk membantu dan memberikan sokongan serta semangat :)

inilah co-supervisor aku yg aku ceritakan td... baikkan dia? (tq dear for everything ...)

bp-kl-melaka-bp

24-26 Nov.

i went to kl with wan.
having satay kajang at min's place. thanx fren. finally dpt gak kenal kau :)
then met wira n pino at midvalley.
had a long chat with them.
on the way back to bp, we dropped at malacca.
jalan-jalan.
here some photos (credit goes for wan)

cuba teka ni kat mana? kalo xtau mmg kena amik subjek sejarah lg.


wan sedang memberikan makanan kepada pedagang-pedagang arab di dalam muzium melaka.


me @ famosa


us @ malacaa museum

Wednesday, November 30, 2005

Sunday, November 20, 2005

a step left to graduate :)


yeay! finally i am finished with those exams in my life.. owhh, it was tiring to study ermmm .. ermm .. for 18 years eh? i guess we were started to study at the age of 5. damn! lama giler rupanya ...

yesterday was our last paper. even though the paper was suck, but myself didnt felt suck at all. since that was the last paper, we were keep on thinking, " last paper. mampuss laa tak reti buat pon".. hahaha. bahgianya hidup dah abis exam ... mari mencucuk langit kawan-kawan ;)

next week nak prepare utk present psm 2. pastu g kl. cucuk langit.
dan present psm. my final step to graduate... :) im glad ...

and for my babe ... congratulations! dah grad dah u ... (psm dah lepas boleh laaa)

wish me luck everyone!

Wednesday, November 09, 2005

Selamat hari raya :)

ermm ... harap tak lambat lagi utk aku wish slamat hari raya utk korang semua ...
maaf zahir batin.

lama giler aku tak tulis blog. busy dgn psm jek. psm dah siap. esk nak hanta. yeay. ni tgh buat senarai kandungan jek ... :) nak raya pon sibuk buat psm jek ...

so mcm mana raya korang? aku raya thn ni agak best gak. 1st time raya ada kakak ipar dan anak buah. plak tu semua blk raya kat umah aku ... bising giler umah. biasa aaa umah aku semua tak reti ckp pelan-pelan ... hahaha. plg tensyen mak aku, sbb 2 2 adik laki aku ada umah. mmg bilik mcm kapal pecahnye ... aku pon naik malas dah nak kemas ...

so, mcm biasa. raya pertama blk spore. lepas sembahyang raya kat masjid kat umah aku terus blk spore. jam mcm gampang. dr kol 10.30 stuck kat 2nd link. kol 1.30 baru sampai. ingatkan msk 2nd link tak jam. arghhh. dan pasport aku dah mati bln ni. mak aku kata buat pasport baru pakai duit sendiri lepas ni.. damn. dah laa x bleh buat pasport terhad dah skang, kene international pasport. rm300. mana aku nak cekau. tunggu keje jek laa nnt ... huh




bergambar bersama keluarga sebelum pulang ke kampung halaman. (kampung halaman ke ... ermm)

pastu biasa ar. start laa jalan beraya. gi umah tok2 sedara yg masih ada. sedara2. perghh. org spore kalo jln mmg tak hingat. kompem sampai kol 1, 2 pagi nye. tido sana 1 mlm. esk smbg raya lg. nasib baik mlm raya ke3 tu blk jb xjam...

aku yg dah besar2 ni pon dpt duit raya lg ... hehehe. prinsip org sana, selagi belom keje boleh dpt duit raya ... hhehe ... plg klaka, adik aku yg dah keje bg aku duit raya tu. rm50. hahaha ... malu siot aku ... total duit raya yg aku dpt thn setelah ditukar kepada duit mesia dekat 500. thn lepas 600++. tak tau nak buat apa lg dgn duit byk2 ni ... hahaha.



tapi tak bleh lawan anak buah aku yg sorang ni. dekat 1000 dapat. org dokong jek dia senyum. perghh mana xdpt duit raya .. kecik2 dah pandai berlakon ni ... hehehe.

apa siut duit raya. thn dpn aku plak yg kene bg. aduhh kopak2 kalo raya ni ... kene tukar plak duit spore. masak laaa aku raya thn dpn.

ok la. aku nak sambung buat psm.

selamat hari raya utk semua lagik skali.

bye.

Monday, October 17, 2005

my final week lectures!

its been a while i didnt post anything here.
as usual i am so busy with my psm. right now the final stage is on. polishing and some microscope stuff. isnt that boring? :P
then i have to analyze the result. hope by next week everything will be over.

and this week. my final week lectures. :) the wednesday nite will be my last lecture at kuittho. living and study here for 5 years will come to an end. sometimes i wish my life will never be change at all. study for the whole life... could it be? hahaha... but as the time running on, so do our lives. lectures will be over. im gonna miss the life study. test and exams. but most of all the friends. owhh ... im so scared of ages. dont u? hhmmmmmmm..................

im totally bored. i need to do my report. gonna continue with my task.
bye.

is my writing boring? huh, who cares ...

Tuesday, October 04, 2005

selamat berpuasa!

assamulalaikum semua ... :)

hari ni mood aku agak baik sket. walaupun hari ni agak tertekan dgn psm. furnace jd giler. hopefully x effect sgt kat microstructure aku.
mg ni mg yg busy gaban. psm kene run. test ada 2, sabtu dan ahad ni. dan projek finite kene hanta mg dpn, and i didn't start anything yet. arghhh ... hope everything works out smoothly. dan mg dpn agak releks sket. tinggal psm jek nak fokus. dan mg ni, test yg terakhir..terakhir. no test anymore. dah nak tamat dah pengajian aku selama 5thn kat sini rupanya. bestnye .. tinggal final jek. arghh xsaba nak abis...

dan mcm org lain gak, aku pon nak wish kat korang semua yg baca blog aku ni ... SELAMAT BERPUASA. isikanlah benda-benda baik sepanjang puasa ni. buat byk amal ibadat. aku harap aku dapat puasa penuh thn ni ... hahahaha. dulu masa kecik2 kalo dpt puasa penuh, mesti dpt duit. tp skang camne nak dpt duit kalo xpose penuh ... huhuhu.

aku harap puasa kali ni aku berpeluang berbuka dgn keluarga aku. dah lama aku tak jumpe adik-adik aku yg kat kl tu. dan abg aku, harap thn ni dia beraya dgn family aku. dah 2 thn x beraya bersama. :)

dan kepada dak-dak umah aku, dak lama mahupon yg baru. selamat berpuasa gak. aku rindu laa kat semua. teringat dulu petang2 gi pasar ramadhan. tak pon masak kat umah. sahur. berbuka skali. pastu g smayang terawikh. ni last skali pose dgn korang. thn dpn dah xde dah ... huhuhu sedih :(


utk wan juga, selamat pose. thn ni 1st time aku pose sama2 dgn dia. kalau dulu terserempak kat pasar ramadhan say hi jek, may be this time bleh g pasar ramadhan sama2. hahaha. jiwang siut :P

dan utk kawan-kawan, tak kire kawan lama mahupon yg baru. selamat pose.

aku nagntok nak tido. mlm kang nak g terawikh.
good luck everyone. bye :)

Wednesday, September 28, 2005

sehari di hari jadi wan

kat umah aku ni dah bape hari tak der connection. streamyx jd giler. bengang betullah!
ni baru ada semula ... baru laa terasa kembali bernyawa .. :)

hari ahad yg lepas merupakan birthday wan. so aku ada laa surprise sket kat dia ...

dia dtg umah aku kol 12am seperti yg disuruh, konon2 nak ajak minum. and here u go ... surprised! :)


birthday boy dgn kek nya. aku dan kawan-kawan aku siap masak spegetti lg tu nak celebrate dia :)

esknya bila hari sudah kembali siang, we went out together. tgk muvie. flightplan. best gile.. korang dah tgk? kalau belom pergilah tgk. makan. borak-borak sehingga tamat hari birthday wan dan menjelma pulak birthday org lain.

this probably his 1st ever birthday celebration with me, but i do hope our relationship will remain so that i still have the chance to buy his 1000000 years birthday cake :)


Sunday, September 25, 2005

Happy birthday dear :)

I want to say happy 23rd birthday to my dear, mohd hafdzuan adzmi.
semoga dia panjang umur and hopefully all his dreams will come true.
I am really blessed to have him in my life.
i love him loads.

HAPPY BIRTHDAY DEAR!



What if i never knew

What if i never found u

I'd never have this feeling in my heart

How did this come to be

I dont know how you found me

But from the moment i saw you

Deep inside my heart i knew

Baby you're my destiny

You and i were meant to be

With all my heart and soul

I give my love to have and to hold

And as far as i can see

You were always meant to be

my destiny...

Friday, September 23, 2005

Cinderella man

smlm aku g jb. kenapa pergi jb, jawapannya ada pada wan. tu pon kalau dia nak bgtau ... haha.

then aku dgn dia pergi cs, tgk CINDERELLA MAN. aku mmg dah lama dah tunggu citer ni. so smlm sampai2 jek kat cs, the muvie is just right on time. apa lagik...

lg best, dlm cinema tu termasuk aku cuma 8 org jek. pelik betul aku. punye lah hebat citer ni, tp citer melayu kl menjerit tu jugak yang penuh org nak tgk.

for me, cinderella man is the muvie of the year. kenapa aku suke citer ni? sebabnye :
1. aku mmg suke tgk cite lama, i mean yg background dia lama. mcm citer the patriot, braveheart, troy, pirate of the carribean. aku xsuke sgt citer yg maju sgt, mcm matrix ke back to the future ke.
2. aku suke citer yg ada semangat pertarungan. ada victory. mcm remember the titans, rocky, the patriot, troy. byk lg laa.
3. aku suke citer yg 'based on the true story'. mcm rain man.
4. aku tak minat citer yg penuh khayalan seperti lord of the ring, harry potter, matrix. tp kalau dah bosan layan jek.

ni aku kasik preview ni supaya citer ni menjadi 'mesti tonton' kepada korang semua. citer ni mengisahkan seorang boxer, jim braddock yg gemilang pada zaman boxingnye. pastu berlaku kemelesetan ekonomi us, pd thn 1929. masa dah kemelesetan ekonomi tu, dah lah susah nak dpt kerja, plak tu tangan dia mengalami kecederaan, so dia dah xbleh boxing lg.

masa ni laa tgk kehidupan org susah. gile sedih. nak dpt kerja pergi kat pelabuhan. tunggu kat luar gate. yg tunggu punya lah ramai, tp yg dpt xsampai bape org tu pon dipilih randomly. makanan kene catu, kesian anak dia. si bapak sanggup berlapar asalkan anak dapat makan. pastu masa dia janji kat anak dia yg diaxkan hantar anak-anak dia ke mana-mana, walaupun susah mcm mana pon hidup dia. duit tak de nak baya bil api. the wife and the kids cabut pagar kayu untuk dijadikan kayu api, utk heat badan. perghs sedih. pastu anak dia demam sbb umah xde heater. masa ni dia dah terpaksa jd mcm pengemis, mintak belas ihsan org. gile sedih. the 1st hour mmg penuh dgn air mata jek. pastu dia dah dapat match. bangkit semula. dan khirnye jadik champion. masa nak jadik champion tu pon byk pahit getir yg dia kene lalui. kawan dia sanggup jual brg sendiri asalkan dia dpt training. sedih nye ... huhuhuhu.

selebihnye korang kene tengok sendiri laa. mmg tak rugi pon tgk citer ni. semua perasaan ada dlm citer ni. renee zellweger mmg best giler. russel crowe tok sah citer la. mantap gile.

citer ni byk buat kita berfikir sendiri. betapa bertuahnye hidup kita pada hari ini. dan betapa susahnye hidup org tua kita demi membesarkan anak-anak. semua tu pengorbanan. demi isteri dan anak-anak. insaf aku.

ok ngantuk plak. mlm ni nak tgk ada persembahan drama sempena minggu bahasa. kawan aku mewakili bahasa mandarin. erm ada subtitle ke drama mlm ni.. akupon xtau.

ok aku dah ngantuk plak. tido ar ...

Wednesday, September 21, 2005

this son of bitch deserved my slap!

this message is specially dedicated for an idiot guy.
i don't need to mention his name.
he knew it himself.

you've hurted each one of us by saying the kinda suck things on your blog.
im glad you've deleted it. but please know that you still owe an appology from each of us. remember that!

i just wished you were here. and makes things easy for us. either giving you some slap on your face. or some kick at your ass. or hit you with my car. im sure it would be great.

please mind your words. and dont just get easy to judge people that you just know. can't you just mind bout your ownself? or may be your beloved sweet honey. give some care on your own life, not others. and you know what? you were lacked with social life. you don't even know how to mix around with people. u need to have some lessons on how to give a respect to your gf's friends. no wonder you were hated when you were here. if you don't know how to get along with other people, build your own world with you and your sweet honey living in it. so that people don't bitch on u. poor u.

for his girlfriend who is our friend, you are a truely great friend. im so sorry i did this. we don't blamed you for what had happened. dia yang buat taik so he had to paid for it, not you. and we are so sorry to say that you don't deserved this son of bitch.

this msg is the sequel from wan's page. go and read more on his blog. he had more good words than mine.

am i too emosional?
huh.. who cares.

Sunday, September 18, 2005

we really had fun! HAPPY BIRTHDAY PAE!

mlm td, akhirnya dapatlah aku serumah berkumpul utk sekian lamanya. terdiri daripada yg dah grad - tp saje2 dtg sini, yg dah sambung master, yg dah abis konvo tapi tak reti-reti nk blk sarawak semula (hehe) dan juga yg masih belum grad :P so we are 7 housemates + 3 lg lelaki (pasangan mereka). makan kat pizza hut the summit batu pahat.


ini lah membe aku si tukang bayar, elaiza. dia akhirnye mengopakkan diri sendiri dgn gaji dia sbg engineer utk membelanja kitorang.

ini pae yg membawa pasangannya juga. pasangannya juga bernama wan. pasangannya kelihatan agak letih kerana baru blk kerja, tp ikutkan jugak sbb makan free punye psl.

ini lg 1 pasangan yg nama bf dia wan jugak. kami serumah mmg suke bf nama wan ... hahaha. wan ini sgt kuat makan. sila lihat gamba di bawah.


tgh menjamu selera. wan yg berbaju biru merupakan champion pd mlm itu. sungguh byk skali dia makan .. hehe. chicken wing yg kat dpn skali tu pon telah dirembat olehnya.


muke kontrol dah kenyang. tak reti nak balik sehingga dihalau oleh abg pizza tu. lampu dah tutup pon xreti-reti nak blah.


bergambar sebelum pulang. teman serumah dulu dan sekarang tapi bukan selamanya. kalau selamanya tak keje laa aku. asyik dok belaja jek.


bergambar sebelum pulang lg. eh .. tapi tak pulang lg. kitorang g dataran batu pahat pastu. ada pertandingan lanskap peringkat negeri johor kat sana. kepada cik jasmine kalau kau nak tgk gamba lg, sila minta pada wan. dia byk amik utk kau katanya.


ni lanskap yg menang, MPJBT (majlis perbandaran johor bahru tengah). rumah aku kat jb pon di bawah kawasan mpjbt laa.


ni kat lanskap daerah mana aku dah lupe. tp semua lawa-lawa laa senang cite.


ini lanskap daerah batu pahat. lawa gak.


kat lanskap bp lg. ada air terjun. kat air terjun ada cermin. lawa siut. kat tepi air terjun ada org pakai baju biru.


blk tu sampai umah dah dkt kol 12 mlm. birthday pae plak, 18hb. bf pae (wan) dah siap belikan cake. sambung makan lg.

HAPPY 23rd BIRTHDAY PAE!

ucapan utk kau:
semoga cemerlang dlm sem ni. grad 2nd upper.
dan cemerlang semua skali lah. hehehe.
tak lupe juga, moga kau tunang cepat-cepat!
aku tau korang dah gatal nak kawen. hahaha.

we really had fun last night.
memory remains for ever.
daaa~

Saturday, September 17, 2005

good morning :)

its 7.42 am in the morning.
Good morning to every one.

hehehe saje berlagak nk bgtau dah bgn pagi-pagi mcm ni ... alah bgn pagi pon sbb mlm td tido awal. i got headache last nite. may be sbb asyik tak cukup tido. sbb apa? sbb main game. main game mmg sgt melalaikan kan? betul laa. aku dah xnak main game lg. buat sakit kepala jek ... :P

msk kali ni sbnrnye dah 3x aku tulis blog ni. tp bile aku click 'publish post' jek abis semua hilang. hari tu aku blog kat pc membe aku pastu pc dia hang. aduhh sakitnye hati... hey, smlm aku tlh mengedit blog ini. dan dah mskkan link-link blog yang menarik utk dikongsi bersama. whoever wanna their blog to get link from here, do tell me nnt aku masukkan.

so idea blog hari tu semua dah hilang. hari ni dah xtau nk tulis apa lg. may be after tonight's farewell party i have something to post on. my ex housemates are coming today. one of them will give us some treat menggunakan duit gajinya sbg engineer.

ok i have to get bath. servis kete pastu nk g bp nak g tgk apa sudah jadik dgn steel aku yang dihantar kedai tu. dan kawan aku nak survey hotel utk buat graduation nite.

hope today will be a wonderful day for each of us. have a nice day every one.

that's all for now. bye.

Thursday, September 08, 2005

cerita naik gunung kinabalu

disebabkan hari ni aku tgh bosan dan tak de keje nak buat, dan jugak di atas permintaan ramai yg nak tau cite psl aku naik gunung, kos perbelanjaannya semua, dan nak tgk gamba2 aku kat sana... so here u go ...

aku g kk middle of june hari tu. ni 2nd time aku gi sana. first time masa raya haji yg lepas. aku gi naik air asia, tajaan abg aku. dia keje kat sana. dah beli tiket dr bln 4, so dpt laa harga 1way rm49.90. so tiket pegi balik ++ dlm rm 128 jek. murahkan.

aku naik gunung ikut rombongan mrsm kk. ikut rombongan skolah atau erti kata lain-student, dapat laa harga murah sket. rm150 per person. kalau g sendiri-sendiri skarang dekat rm400 sorang. bapak mahal. harga tu termasuklah bayar renjer, penginapan 1mlm kat gunting (seblom mendaki ke puncak) dan sijil.

so aku sampai di kaki gunung pukul 6petang, 24 jun 05. ada taklimat sket. mkn mlm. tido kat hostel kat bawah tu. keesokan paginya kol 4 am dah bangun. xbleh nak mandi. sejuk nak mampus. mmg 3 hari aku kat gunung xmandi langsung. kalau boleh kencing pon xnak. gile punye sejuk. breakfast.

kol 8.45am aku mulakan pendakian aku. eh lupe plak... setiap sorang dpt tag nama. mmg kene tanda nama seblom start naik gunung n dah sampai puncak. mmg organized giler gunung kinabalu heritage ni...

so arah yg dituju ialah GUNTING LAGADAN. terletak 7km dr kaki bukit tu. nak sampai ke gunting tu ada 7 checkpoint. lebih kurang 1 km from one checkpoint to another. dan setiap checkpoint tu ada pondok berehat serta toilet ... yaa itu yg plg penting skali tu .. hehehe



aku dgn adik aku. on the way nak naik ni. muke dah pancit ke aku ni ..? hahaha .. mmg pancit pon. tapi kene kuatkan semangat ... pastu adik aku dgn kejamnye tinggalkan aku kat belakang. derhaka betul dia ni.



ni view kat gunting. kat bawah tu korang nampak bumbung kan. tu restoran kat atas ni. bapak mahal. nasik goreng rm10. mmg ppt pon mahal. diorang kene bwak brg dr bawah. bukan ada helicopter pon nak hanta. aku sampai sini kol 4pm. adik aku dah sampai kol 2pm lg. gile lambat aku ... hahaha. dia dah siap tido. bgn blk tgk aku baru sampai... tp bukan aku jek yg lambat. ramai lg yg lambat ... hehehe. ramai gak yg pancit serta xde stamina rupanya. cuma nasib baik yang masih ada ialah semangat. kalau xde semangat mcm org taiwan yg naik dgn aku tu, 1st checkpoint dah patah blk. gile buang duit betul.


kat gunting ni pon dah sejuk giler. adik aku dgn biadapnye (lg skali) xbgtau ada heater dlm 1 toilet tu. dia bleh mandi senyap2 dgn 2org kawan dia lg. huh. bukan salah aku xmandi lg ... rasa cam tgh mandi dgn air batu. gosok gigi pon rasa xnak kumor2 semula. kami tido kat hostel ni mlm tu. kol 12am dah bgn. dan kene makan dan bersiap. perjalanan ke puncak gunung akan bermula kol 2am. masa tu dah sjuk giler. aku dah mcm xbleh bernafas. nafas yg masuk hidung sejuk giler. jd terpaksalah aku pakai 'topeng pecah rumah' sbb dah xtahan sgt sejuk. baju pon dah pakai 3lapis dgn sweater skali.

masa ni perjalanan dah agak mencabar. dah pertukaran suhu. semua batu jek. curam plak tu. gelap plak tu. tp nasib baik gelap. aku rasa kalau naik siang hari kompem aku xnak naik ... hahaha.. gile gerun siut bile dah sampai atas.


yeay aku dah sampai puncak. arrived there bout 6.30am. damn i missed the sunrise. kat peak tu kawasan dia agak sempit. so dah amik gamba kene cepat2 turun. bg peluang pada org lain plak. so dgn gambar ini, maka terbuktilah aku dah sampai puncak. dan melayakkan aku utk dpt sijil full color. (kalau xsampai puncak dapat sijil potostat jek)

ok time turun ni dah best sket. sbb kami dinasihatkan amik gamba masa dah turun. so busy bergambar jek la. masa naik kene fokus lebih serta perasaan menyampah giler bile jumpe tangga. setiap kali jumpe stairs mesti aku menyumpah seranah ... hahaha.


ni view kat bawah peak tu. masa tgh turun laa ni ... curam gak masa ni. kene hati2 gak. ada tourist dpn aku jatuh berdebuk. kuat giler. aku rasa patah dia punye tulang bontot. kesian dia.


aku paling suke gamba ni .... :)


ni dah turun ke bawah. pokok2 kat sini agak pelik. sbb cuacanya kot. pastu kol 11 pon ada kabus lg. bile ckp kuar asap kabus dr mulut ... hehehe


so conclusionnye. it was tiring journey. tp bile dah sampai puncak. dah tgk sekeliling. nampak bandar kk, kl dan jb, mmg aku rasa berbaloi. mmg lawa giler view. tp aku tetap dah rasa serik nak naik lg ... huhuhuuhu. but still it was great experienced ever in my life :)

2 hari selepas naik gunung, aku g snorkeling plak kat pulau sapi dan pulau apa aku lupe plak nama dia. masa snorkeling aku pakai jaket n rasa berbaring jek. tak larat nak swim pon sbb dah sakit 1 badan, dah tak bleh gerak semua anggota badan ... hahahaha

ok hope korang enjoy baca cite aku yg x seberapa ni. kepada sesape yg berminat nak g dan nak tau lebih lanjut bleh mail aku...

Tuesday, September 06, 2005

Tribute to masidah



weekend lepas, aku telah pulang ke rumah halaman aku di jb. utk menghadiri majlis pertunangan one of my close friend, MASIDAH MOHAMAD.

dah bertunang dah membe aku sorang lg ni. mas ni kawan aku masa kat tijb. dah habis skolah baru close sket. masa aku praktikal kat serdang dulu lg close. dan semakin close sehingga sekarang...

dia dah bercinta dgn lan (nama sebenar) sejak form 4 lg. gile loyal ... muke tunang dia ni pon dah akan-akan dia. sweet kan? muke wan ada cam aku sket tak? muahahahahha ...

wey mas. mmg kau lawa masa haritu. dgn kebaya n kain tingkat-tingkat kau tu. dengan mekap ala kris dayanti. perghs mmg cun giler. nasib baik aku bukan lesbian. kalo aku lesbian dah lama aku menghalang pertunangan kau dgn lan :P muahahhaha.

kepada mas, selamat bertunang. semoga kekal sampai ke perkahwinan kau yg insyaAllah akan berlangsung thn depan. dan moga kekal sampai bile-bile ... all the best buddy!

*AFUNDI MAS*

Wednesday, August 31, 2005

geram nyeee ...

aku rasa geram nyee laaa hari ni.
geram.
geram.
geram.
geram seperti muke di sebelah.
geram.
sbb apa yg aku study aku tak paham-paham ...
camana nak test ni...
ni yg dah rasa malas nak study nih.

ma frens convocation day :(

selamat hari merdeka yg ke-48!
yeay ...

korang mesti dah celebrate detik 12mlm merdeka td. kat mana? aku kat umah sewa aku ni jek haa. tgk dr umah fireworks dr ittho. nasib baik lawa. bunyik pon agak kaw.

dan di mlam merdeka yg hening ni, aku tgh study finite. jumaat ni test. dan aku baru start study. tp skang mata dah ngantuk plak .............

ahad hari tu budak2 batch aku konvo. erm... masa tgk diorang tgh jalan pakai jubah, masa tu laa terasa nak jatuh air mata. jauh di lubuk hati, betapa menyesalnye aku extend ... kalau tidak, dah tentu aku salah seorang dpd mereka yg meraikan hari paling gembira dlm hidup ini. huh. kahwin pon tak meriah mcm ni. gembira kahwin lain sbb kita akan mulakan kehidupan yang baru. melangkah ke alam lain. tp gembire grad lg seronok bangat. kita dah rasa pahit getir dan dah lalui semua rintangan dengan jayanya. pastu grad. pergh. inilah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup. tiada apa yang boleh ditandingi dgn sekeping ijazah.

td petang, housemate aku merangkap coursemate aku paksa aku n dak2 umah aku pergi dataran amik gamba, since dia dah nak blah dan dah nak pulangkan jubah. lagipon kami serumah tak sempat amik gamba hari tu. so pergilah kami semua mengambik gamba di tengah hari yg panas terik. siut jek. tp xpe. demi kenangan yg akan dikenang sampai bile-bile :) di bawah ni gamba aku dan kawan-kawan rapat aku sepanjang aku belajar kat sini.


aku dan housemate aku, elaiza. power dia nih. grade 2nd class upper. dengkinye aku ... hehehe.

nilah housemate aku dr 2nd sem lg. 5thn tinggal serumah... tempat jatuh lg dikenang, inikan pulak teman serumah 5thn... i really miss our good old days laa :(

dan ini ialah aku serumah ygbelum grad. yg tgh final sem. yg pakai jaket tuh housemate baru aku, menggantikan dak2 lain yg dah blah. olah nama dia. budak serdang (kakak bagak)

aku tak saba nak grad. best siut. dah xyah belajar lg... kusut-kusut kepala... huh ...

bye bye.