Thursday, September 08, 2005

cerita naik gunung kinabalu

disebabkan hari ni aku tgh bosan dan tak de keje nak buat, dan jugak di atas permintaan ramai yg nak tau cite psl aku naik gunung, kos perbelanjaannya semua, dan nak tgk gamba2 aku kat sana... so here u go ...

aku g kk middle of june hari tu. ni 2nd time aku gi sana. first time masa raya haji yg lepas. aku gi naik air asia, tajaan abg aku. dia keje kat sana. dah beli tiket dr bln 4, so dpt laa harga 1way rm49.90. so tiket pegi balik ++ dlm rm 128 jek. murahkan.

aku naik gunung ikut rombongan mrsm kk. ikut rombongan skolah atau erti kata lain-student, dapat laa harga murah sket. rm150 per person. kalau g sendiri-sendiri skarang dekat rm400 sorang. bapak mahal. harga tu termasuklah bayar renjer, penginapan 1mlm kat gunting (seblom mendaki ke puncak) dan sijil.

so aku sampai di kaki gunung pukul 6petang, 24 jun 05. ada taklimat sket. mkn mlm. tido kat hostel kat bawah tu. keesokan paginya kol 4 am dah bangun. xbleh nak mandi. sejuk nak mampus. mmg 3 hari aku kat gunung xmandi langsung. kalau boleh kencing pon xnak. gile punye sejuk. breakfast.

kol 8.45am aku mulakan pendakian aku. eh lupe plak... setiap sorang dpt tag nama. mmg kene tanda nama seblom start naik gunung n dah sampai puncak. mmg organized giler gunung kinabalu heritage ni...

so arah yg dituju ialah GUNTING LAGADAN. terletak 7km dr kaki bukit tu. nak sampai ke gunting tu ada 7 checkpoint. lebih kurang 1 km from one checkpoint to another. dan setiap checkpoint tu ada pondok berehat serta toilet ... yaa itu yg plg penting skali tu .. hehehe



aku dgn adik aku. on the way nak naik ni. muke dah pancit ke aku ni ..? hahaha .. mmg pancit pon. tapi kene kuatkan semangat ... pastu adik aku dgn kejamnye tinggalkan aku kat belakang. derhaka betul dia ni.



ni view kat gunting. kat bawah tu korang nampak bumbung kan. tu restoran kat atas ni. bapak mahal. nasik goreng rm10. mmg ppt pon mahal. diorang kene bwak brg dr bawah. bukan ada helicopter pon nak hanta. aku sampai sini kol 4pm. adik aku dah sampai kol 2pm lg. gile lambat aku ... hahaha. dia dah siap tido. bgn blk tgk aku baru sampai... tp bukan aku jek yg lambat. ramai lg yg lambat ... hehehe. ramai gak yg pancit serta xde stamina rupanya. cuma nasib baik yang masih ada ialah semangat. kalau xde semangat mcm org taiwan yg naik dgn aku tu, 1st checkpoint dah patah blk. gile buang duit betul.


kat gunting ni pon dah sejuk giler. adik aku dgn biadapnye (lg skali) xbgtau ada heater dlm 1 toilet tu. dia bleh mandi senyap2 dgn 2org kawan dia lg. huh. bukan salah aku xmandi lg ... rasa cam tgh mandi dgn air batu. gosok gigi pon rasa xnak kumor2 semula. kami tido kat hostel ni mlm tu. kol 12am dah bgn. dan kene makan dan bersiap. perjalanan ke puncak gunung akan bermula kol 2am. masa tu dah sjuk giler. aku dah mcm xbleh bernafas. nafas yg masuk hidung sejuk giler. jd terpaksalah aku pakai 'topeng pecah rumah' sbb dah xtahan sgt sejuk. baju pon dah pakai 3lapis dgn sweater skali.

masa ni perjalanan dah agak mencabar. dah pertukaran suhu. semua batu jek. curam plak tu. gelap plak tu. tp nasib baik gelap. aku rasa kalau naik siang hari kompem aku xnak naik ... hahaha.. gile gerun siut bile dah sampai atas.


yeay aku dah sampai puncak. arrived there bout 6.30am. damn i missed the sunrise. kat peak tu kawasan dia agak sempit. so dah amik gamba kene cepat2 turun. bg peluang pada org lain plak. so dgn gambar ini, maka terbuktilah aku dah sampai puncak. dan melayakkan aku utk dpt sijil full color. (kalau xsampai puncak dapat sijil potostat jek)

ok time turun ni dah best sket. sbb kami dinasihatkan amik gamba masa dah turun. so busy bergambar jek la. masa naik kene fokus lebih serta perasaan menyampah giler bile jumpe tangga. setiap kali jumpe stairs mesti aku menyumpah seranah ... hahaha.


ni view kat bawah peak tu. masa tgh turun laa ni ... curam gak masa ni. kene hati2 gak. ada tourist dpn aku jatuh berdebuk. kuat giler. aku rasa patah dia punye tulang bontot. kesian dia.


aku paling suke gamba ni .... :)


ni dah turun ke bawah. pokok2 kat sini agak pelik. sbb cuacanya kot. pastu kol 11 pon ada kabus lg. bile ckp kuar asap kabus dr mulut ... hehehe


so conclusionnye. it was tiring journey. tp bile dah sampai puncak. dah tgk sekeliling. nampak bandar kk, kl dan jb, mmg aku rasa berbaloi. mmg lawa giler view. tp aku tetap dah rasa serik nak naik lg ... huhuhuuhu. but still it was great experienced ever in my life :)

2 hari selepas naik gunung, aku g snorkeling plak kat pulau sapi dan pulau apa aku lupe plak nama dia. masa snorkeling aku pakai jaket n rasa berbaring jek. tak larat nak swim pon sbb dah sakit 1 badan, dah tak bleh gerak semua anggota badan ... hahahaha

ok hope korang enjoy baca cite aku yg x seberapa ni. kepada sesape yg berminat nak g dan nak tau lebih lanjut bleh mail aku...

10 comments:

dgtalwar said...

gile cool...... masa ko gi snorkling ade jumpa mat saleh bugil tak?

fRh bustaman said...

mat saleh separuh bogel byk la.

tp aku jumpe minah melayu bogel dlm toilet masa aku bilas mandi. mcm sial. xtau malu langsung. aku plak yg malu :P

Anonymous said...

best nyer ... huhuhuh .. rakam pakai handset kamera tak?

fRh bustaman said...

tu arh paisey betul. henpon xde kamera laa ..

dgtalwar said...

kamera betul takde?

fRh bustaman said...

ada. pttnye aku suruh dia tunggu jap n amik gamba dia kan? gilelah melayu!

dgtalwar said...

memang patut pun ko buat cam tu!.....

apasal blog ko tuka kaler pink plak ni?..... want to look more feminin?

fRh bustaman said...

saje tuka kale. dah bosan dgn yg lama. nak tuka biru nizam dah pakai. kale pink sket laa mesti ramai yg rasa annoying .. wahahaha

jasminebintighazalli said...

argghh gile best. kalau aku mesti golek je turun sbb dah terlalu penat nak naik.. hehhhe

dgtalwar said...

sape suh ko naik?... gi jumpa yus... dia ble setelkan masalah ko tu