Wednesday, August 31, 2005

geram nyeee ...

aku rasa geram nyee laaa hari ni.
geram.
geram.
geram.
geram seperti muke di sebelah.
geram.
sbb apa yg aku study aku tak paham-paham ...
camana nak test ni...
ni yg dah rasa malas nak study nih.

ma frens convocation day :(

selamat hari merdeka yg ke-48!
yeay ...

korang mesti dah celebrate detik 12mlm merdeka td. kat mana? aku kat umah sewa aku ni jek haa. tgk dr umah fireworks dr ittho. nasib baik lawa. bunyik pon agak kaw.

dan di mlam merdeka yg hening ni, aku tgh study finite. jumaat ni test. dan aku baru start study. tp skang mata dah ngantuk plak .............

ahad hari tu budak2 batch aku konvo. erm... masa tgk diorang tgh jalan pakai jubah, masa tu laa terasa nak jatuh air mata. jauh di lubuk hati, betapa menyesalnye aku extend ... kalau tidak, dah tentu aku salah seorang dpd mereka yg meraikan hari paling gembira dlm hidup ini. huh. kahwin pon tak meriah mcm ni. gembira kahwin lain sbb kita akan mulakan kehidupan yang baru. melangkah ke alam lain. tp gembire grad lg seronok bangat. kita dah rasa pahit getir dan dah lalui semua rintangan dengan jayanya. pastu grad. pergh. inilah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup. tiada apa yang boleh ditandingi dgn sekeping ijazah.

td petang, housemate aku merangkap coursemate aku paksa aku n dak2 umah aku pergi dataran amik gamba, since dia dah nak blah dan dah nak pulangkan jubah. lagipon kami serumah tak sempat amik gamba hari tu. so pergilah kami semua mengambik gamba di tengah hari yg panas terik. siut jek. tp xpe. demi kenangan yg akan dikenang sampai bile-bile :) di bawah ni gamba aku dan kawan-kawan rapat aku sepanjang aku belajar kat sini.


aku dan housemate aku, elaiza. power dia nih. grade 2nd class upper. dengkinye aku ... hehehe.

nilah housemate aku dr 2nd sem lg. 5thn tinggal serumah... tempat jatuh lg dikenang, inikan pulak teman serumah 5thn... i really miss our good old days laa :(

dan ini ialah aku serumah ygbelum grad. yg tgh final sem. yg pakai jaket tuh housemate baru aku, menggantikan dak2 lain yg dah blah. olah nama dia. budak serdang (kakak bagak)

aku tak saba nak grad. best siut. dah xyah belajar lg... kusut-kusut kepala... huh ...

bye bye.

Wednesday, August 24, 2005

last week and today

it almost a week i didn't post anything here.

i am so busy with my stuff.

last week on thursday i went to kl to pick up my bro's family. i thanked wan for accompany me and didn't let me drive alone. erm ... it was a wonderful journey, definitely :) he kept on talking. eh he plak, we laa .. we kept on talking. telling this and that. bout him and her. hahaha ... i never had a long journey with him. so the first time was really great.

we arrived serdang bout 9.15pm. i sent him home before i get my dinner with my family at sate kajang. at the kajang stadium eh. near u guys played ur futsal i guess. i arrived home bout 11pm then i get hungry again and my grandma layan my kepala n fried some cempedak for me. pehh best giler. cempedak dr kampung atok aku tu ... hehehe.

and i left to jb on the next morning.

and on sunday there was kenduri doa selamat at my home. for me, it was tiring. but for my niece it was fun. pakai baju lawa2. dapat duit. dapat hadiah. hehehe. may be aku kecik dulu pon gitu kot ... so do u rite? bestnye jadik baby. tido. makan. dapat duit. takyah kusut kepala nak belajar. buat psm. nak keje. carik duit. aduh... byk giler tanggungjawab bile semakin dewasa kan ...

i get back to bp on that sunday evening.

and today, it was tiring. really tiring. stood up for 4 hours at the machine. damn. when will these stuff to be over. i was thinking to have hafdzuan's help to get this thing complete as soon as possible. but he have test on tomorrow. may be next week.

and tonite i have class. damn it was 7.15pm already. i have to be ready for the class. c yah ...

Tuesday, August 16, 2005

kl dan masalah berat badan


erm. hello to everyone..

baru tadi test. suck. huh. dah buat latihan semua. dah ingat camana nak buat. tp bile tgk jek soalan mcm blur.. aduhh. bengangnye. sedih. tgh down ni. huh. arghh...

td dah ngantuk. tp xbleh tido lg.. dah bape hari ni asyik tido lambat jek. kadang-kadang bukan sebab study jek. ym. main game...

esk kelas pagi. pastu mcm biasa nak g lab. ada lagi steel nak potong. aduh. kene angkat besi lg yg berat nak mampus tu. huh. hope by end of this week dah boleh hanta ke cnc utk buat sampel. sbb kamis ni nak g kl..

g kl. ya. amik abg aku, wife dia n of course anak buah aku dan balik ke jb. drive sorang2 kot. wan xnak blk kl .. huhuhuuhuhu .. ahad ni ada kenduri anak buah aku. bestnye :)

esk membe ajak lepak main volleyball lg. pasni rajin laa aku turun padang g main volleyball. huh. i hope im losing some weight.. asyik kene sound suruh turun berat badan jek. arghh. berat badan mmg menjadi masalah dan agenda utama dalam hidup perempuan kan? mmg dah sinonim sgt. dulu aku tak pernah pedulik pasal berat badan. sbb aku tau aku susah nak naik. makan byk pon badan maintain jek. tapi sejak-sejak thn ni .. berat dah makin naik. gile laa dah naik 5kg tu. dah laa aku ni tinggi. kawan-kawan asyik mengata aku nnt jadik besar mcm giant sbb dah laa tinggi, besar plak tu. damn. dan suar semua dah ketat. aduh. nape laa berat aku susah sgt nak turun. camana nak turun? makan tak henti-henti. tapi tu dah mmg tebiat aku adik beradik. makan byk. nak buat camana kan ..? aku tak diajar makan sket2 .. wahahahhaha. korang ada petua utk turunkan berat badan tanpa kurangkan makan tak? bgtau laa aku apa-apa petua wei ..

Saturday, August 13, 2005

gol dan gincu + test

kelmarin ( khamis) pegi tgk gol n gincu. first time tgk malay muvie dgn wan. dia ni mmg kalo aku heret diapon mmg mati-mati xnak tgk malay muvie. cite ni pon dia nak tgk may be sbb mostly dialogue dia in english, and jalan cite pon omputih sket. pempuan pakai skirt, seksi-seksi. tu jek laa suke .. hahaha. so far ok laa. nice muvie. berjuta-juta kali best dpd sepet yang totally sux tu. damn. benci aku tgk sepet tu.. nasib baik tgk at astro xtgk kat wayang! huh .. dan gol n gincu.. dialog dan jalan cerita yg sgt menarik. walaupon biasa tp tetap menarik. sarat dgn mesej and moral. biasa laa 3R kan? memek muke yg best. sweet. girly.. hahaha. lepas tgk cite ni, aku rasa sama jek semua pempuan. walaupon sekasar mana pon dia, insidely ada girly feelings :)

dan bercakap pasal sepet. smlm membe aku tunjuk gamba. yasmin ahmad director sepet tu khunsa eh? dulu dia laki, skarang dia dah decide jadi pempuan. gile arh. aku xtau laa betul ke x cite ni.. tp tgk gamba masa dia laki mcm real. gile.

ok nak cepat ni type. nak study, ada test isnin ni. mlm td dah lepak lama kat kedai makan. blk plak layan house of wax. pastu main game sampai kol 3. pastu study sejam jek sampai kol 4. huh .. apa nak jadik ni. tugasan tak buat lg ni.. aduhh.

lapa. nak masak plak. aduh.. apsal aku asyik lapa jek ni.

wan lawan basket petang ni. nak datang bawakkan air dan towel la :) (mcm gol and gincu .. wahahaha). good luck!

Thursday, August 11, 2005

yeay volleyball menang!


volleyball smlm menang. yeay. kalah 1 game jek. hebat kan? so, dapatlah naib johan. terer gak team aku rupanya. dah final sem ni akhirnye dapat gak aku collect medal kuittho. my first medal kat sini. :) hehehe. kat umah dah bape puluh medal aku. semua mak aku dah framekan. huh, i miss my good old days. dulu aku sgt aktif bersukan. olahraga, hoki especially, netball, volleyball, handball, tennis, etc. u named it, semua aku main. kompom muke aku wakil skolah punye, tp tu masa skolah rendah laa. naik skolah menengah aku serius main hoki jek. badan dah naik xbleh nak lari-lari lg.. dan skarang bile dah benti sukan badan makin menjadi-jadi naik. damn. risaunye. sem last ni, xbyk subjek dan kelas, maka baik aku isikan masa bersukan sket. dpd aku lepak kat umah tgk cite cine kat tv3 tu tiap2 ptg, baik aku g joging ke. paling tidak pon dapat berpeleseran mata di padang .. hehe :)

pg td bgn lambat, sbb mlm td tido kol 4 buat psm. aahh dah siap. lega rasanya. supervisor pon mcm puas ati. n td pegi bengkel potong steel. tp xcukup. argh. lusa kene pegi bengkel carik technician lg. aduh. leceh betul. dah laa steel td berat nak mampus. wan bg janji palsu nak tolong angkat .. huhuhuhu. dia best2 tido kat umah sampai tengahari baru bangun rupanya ..

dan esk cuti hari hol johor. esk nak g muvie. dah 3 minggu rasanya xmuvie dgn wan. biasanya tiap2 minggu pegi. busy laa. byk keje.

last skali, takziah utk wan kalah bola. tu laa. xgi tgk aku main, tu psl kalah. xpe. sabtu ni lawan basket plak. gud luck. nak g tgk laa. tak pernah tgk wan main basket teringin gak rasanya :)

Tuesday, August 09, 2005

karnival sukan


aku suke gamba ni. gamba ni wan amik menggunakan kamera lomo dia masa aku g kl bln 6 hari tu.. :)

dah lama tak tulis kat sini. aku blk jb hari kamis mlm, amik mak aku kat airport yg baru blk dari sabah. pastu smlm baru blk sini. best la dok umah. siapkan psm :) tgk tv. layan astro. layan lost lg walopon aku dah tgk. final af hahahaha (wan mesti panas). tgk bola.. dan arsenal kalah lg dgn chelsea :p owh tak bleh nak ckp psl tu, nnt ada org emo :) hahahha.

kelas pg td mcm gampang. dah laa xpaham ape benda pon ajar. bleh plak kasik tugasan bapak banyak. damn. tiru jek laa nnt. mg dpn test plak. psm xmasuk lab lg ni. arghh byk nye keje ..

n petang ni lawan volleyball, karnival sukan. aku masuk jek laa sbb khidmat aku diperlukan dan diorang tau aku terer, walopon aku xkenal team members aku. belasah jek laa main. wan nak dtg tgk, tp nak tgk awek2 lain main sebenarnye. cis gatal betul. n wan pon ada lawan bola. gud luck laa.. kalo sempat aku g tgk. tp nnt kene nganjing, tu yg malas tu.

dan mg ni kuar gol dan gincu eh. mcm best jek tgk preview dia. dan utk pertama kalinya dalam sejarah wan ajak aku g tgk muvie melayu .. wahahahha. dia ajak betul2 ke ajak2 ayam? huh nnt aku tanya dia semula..

ok nak sambung buat psm.
semoga team aku berjaya petang ni.
yeay.

Wednesday, August 03, 2005

dream that never come true


ni gamba anak buah aku. akhirnye dpt gak aku photo dia bukak mata. asyik dapat yg tutup mata jek sebelum ni. so this is baby girl, named darwisya nadia. was born 10 days ago. anak buah pertama aku ni, so may be i was sound a bit excited rite? hehehe who cares ..

so .. anak. penghubung kasih antara ibu bapa. i was born in that way. tp itu dulu laa. my parents then divorced when i was 11. arghh. eventhough ayah aku masih contact dgn aku adik beradik, tp biasalah dah tak tinggal sebumbung, mestilah kurang kasih syg. aku harap, benar-benar harap aku akan dapat rasa kasih dan syg seorang ayah yg sejati. tp nampaknya ianya xakan berlaku skarang, dan sampai bila2 pon. kalau ada satu benda yg aku kempunan dpd dulu sampai skang, maka itulah dia - kasih sayang ayah. dan skarang, aku dah tawar hati utk semua tu. sebab aku tau aku x akan dapat. kenapa mesti berpisah hah..? aku slalu tanya soalan tu. takdir. tp mesti kita sendiri boleh mengubah takdir kita kan? itu pon kalau kita sendiri nak laa. kalau dah sendiri tak nak mmg laa xkan berubah sampai bila-bila pon...

kalau ada jin yg mcm aladdin tu, aku nak buat satu permintaan kat dia. satu jek. sbb tu jek yg aku xde skarang. "jadikan keluarga aku sebuah keluarga yg lengkap dgn segala-galanya...tanpa cacat cela. dan tanpa sebarang perpisahan..."

but i know it was just a dream, that will never come true ... never.