sejak smlm saya tidak keruan.
kawan tempat keje lama saya di jb tidak henti-henti mengemel utk bergosip. bukan gosip mengenai abby & norman, mahupun mawi & ekin, tapi mengenai tempat keje lama saya yang akan memberhentikan pekerja-pekerjanya.
secara kasarnya, kompeni lama saya ini berpengkalan di singapura. jadi apabila ekonomi singapura jatuh, maka kompeni-kompeni ini akan menerima akibatnya.
saya masih berhubung dengan kawan-kawan di tempat keje lama saya. masih ramai yang masih bekerja di sana. jadinya, sejak semalam mereka sudah mula mengemel saya, memberitahu nama-nama mereka yang akan diberhentikan akan diumumkan. saya terkejut kerana diberitahu, manager yang mendapat notis pemberhentian bertafakur di biliknya sebentar, kemudian dilihat menangis, sebelum melangkah keluar dari pejabatnya. sayu. saya dapat bayangkan.
hari ini nasib orang-orang bawahan. rakan baik saya sendiri yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun sudah dipanggil untuk diberitahu akan notis pemberhentiannya. saya telah menghubunginya untuk memberikan kata-kata semangat, tapi saya tahu dia sangat kecewa, tidak boleh terima apabila pengakhiran sebegitu sahaja. dia diarahkan keluar dari kawasan kilang secepat mungkin.
saya berfikir, bagaimana jika saya di tempat dia. sekurang-kurangnya saya ada suami, yang boleh menjadi tempat bergantung. tapi bagaimana dengan rakan saya itu yang masih bujang & menggalas tanggunjawab keluarga. saya sedih. saya kasihan dengan dia. jikalah boleh saya menghulurkan tangan …
dan tiba-tiba saya rasa insaf & bersyukur.
1. saya bersyukur kerana tidak lagi berkhidmat di kompeni tersebut
2. saya bersyukur kerana perkahwinan menyelamatkan saya & menyebabkan saya membawa diri ke sini. Jika tidak berkahwin dengan Hafdzuan, mungkin saya masih bekerja di sana
3. saya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan yang stabil di kompeni yang stabil
4. saya bersyukur kerana masih mempunyai pendapatan yang tetap, tiada penolakan gaji mahupon mengambil cuti secara paksaan
5. saya bersyukur kerana mempunyai suami yang sudah tidak bekerja dalam industri elektronik lg, tetapi bekerja gomen ... saya kira inilah tempat yang paling selamat buat masa ini
Saya tidak dapat membayangkan jika saya di tempat rakan saya, diberhentikan kerja secara serta-merta. Saya ada banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan...
1. saya perlu memberikan sedikit pendapatan untuk ibu pada setiap bulan
2. saya perlu membayar duit kereta sendiri pada setiap bulan, ye suami juga ada kereta sendiri untuk ditanggungnya, manakan boleh untuk mebayar 2 biji kereta
3. saya perlu membayar duit rumah pada setiap bulan, kerana mulai pada bulan ini rumah yang dibeli sudah perlu dibayar penuh. Bulan depan insyaAllah akan berpindah ke sana
4. saya perlu membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi
5. saya ada banyak keperluan & kemahuan sendiri yang perlu dipenuhi
Saya sangat bersyukur...
1. kerana pada malam ini saya masih dapat tidur dengan tenang
2. kerana esok saya dapat pergi berenang & menonton wayang cerita Angelina Jolie yang baru dengan gembira
3. kerana kereta saya tidak perlu dijual
4. kerana saya masih mampu berbakti untuk ibu saya
5. kerana saya masih boleh untuk membeli baju osh kosh untuk anak saya nanti
terima kasih. tapi saya masih sedih.
7 comments:
apa yg kiter bole bagi...morale support.
sigh.
p/s: list diorang dah kuar...saper yg kene?
untungkan bersuamikan gomen yg permenen..anyway..baju baby osh kosh..mahal siut..
woh takut je dgn ekonomi skang. Sume orang tanye ant sama lain, company memasing stable ade job cuts ke tak.
Things are bad for the plant industry skang.
zul --> majoriti smua yg dah keje lama. ck teh, wk wong, arif, kak enna, & 2 tech kesayangan kau amat & fazlee.
zaidi --> ye tahniah utk kau jugak sbb dah diangkat permenen di gomen, rezki anak tu hehe. baju osh kosh di HK murah .. aku kirim kat abg aku ajo .. haha.
dila --> yerp. sungguh ngeri. jadik lecturer & be in education line lg bagus .. i guess
zul, lupe plak .. kak asna is one of them. damn.
owh tulisan semakin baik he he he gua suffocate. haih.
smlm amat n fazlee da update aku...diorang nak pegi gym (kuatkan mental n fizikal).kat process team tinggal san & chucky jela. giler ahhh.
ohhh ye...kadir ada ckp...asna pun listed...clerk kesayangan kau pon kene...Kak Ayu...mesti ko rindu kat dia kan kan kan. pi la call or sms.ha ha ha
Post a Comment