kenapa mesti ada orang yang menganggap perkara-perkara begini adalah competition ...?
1. siapa kawen dulu dia menang.
dulu, sebelum aku kawen, ada kawan lelaki (kawan rapat) sms aku.
w: farah, si m (kawan lelaki juga) nak kawen bln 12 ni.. haha dia kawen dulu sebelum kau .. haha kau kalah ..."
aku: yeke? dia nak kawen dulu biarlah dia kawen. jalan laa dulu, tak de hal lah. menang pon dapat hadiah apa ..? come on la. aku mmg dah plan nak kawen bln 7 thn dpn.. so tak de hal utk aku.."
aku tak faham kenapa ada orang yang berfikiran kolot macam tu. nak kawen dulu, kawenlah!! aku tak de hal laa.. sbb aku mmg nak kawen tahun depan. get it?!
kenapa mesti jadikan pertandingan - sape kawen dulu, dia menang?
kalau dah jodoh sampai, ada la, mungkin orang lain pon ada jodoh jugak, cuma antara cepat dan lambat sahaja. jangan hina orang yang lambat bertemu jodoh. bukankah lebih baik untuk mendoakan dia supaya bertemu jodoh dan bahagia seperti kamu juga?
2. siapa pregnant dulu dia menang.
rezeki pregnant tu kat tangan kau ke? tuhan saje nak uji kau, lagi pulak kalau bunting pelamin. mesti kau rasa sangat hebat kan ..? pernahkah kau rasa bersyukur, betapa ramai yang teringin menjadi seperti kau - lps kawen terus pregnant..? haih. perlukah competition untuk hal-hal takdir Tuhan ..?
3. sape dapat anak no 2 dulu dia menang.
dulu, masa aku tengah pregnantkan hadzim, ada kawan bgtau:
a: tak sangka kau kawen dulu sebelum aku. lepas tu pregnant dulu sebelum aku. tak pe nanti aku potong kau untuk nombor 2 ...
aku: haaa ye laa kau pregnant laa nombor 2 cepat-cepat cebelum aku nanti .. (malas nak layan).
haih. tu pon nak jadikan competition. lantak kau la nak pregnant dulu ke hapa. aku ada plan sendiri untuk yang no 2, no 3 dan seterusnya (harap-harap plan menjadi tanpa eksiden & mendapat izin Allah). kalau rasa nak jalan dulu, silakan. aku & suami ada perancangan kami sendiri.
4. aku mesti breastfeed lagi lama daripada si dia. barulah aku menang.
aku dapat rasakan ada seorang dua yang berhati busuk yang berfikiran ataupon berniat macam ni. kenapa tak bole tanam dalam hati "isk, bagusnye dia dapat breastfeed anak dia lama macam tu. aku mesti jadi macam dia, demi anak aku .." bukan sebaliknya. haih.
semua rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
haih.
9 comments:
aisehhh.. yg point #3 tuh mcm ade tempias2 ke muka aku ni ha... errkkk!! :P but i dont think u refer that to close friends like me kan? coz if i were to say things like that, u know i said it in a manner how our friendship has established kan? kan???
anyway ko dah pregnant #2, ko menang !!! haahaha sila lempang.
:)
tsk...tsk...tsk
aku menang ok.aku dh nak nak masuk 3.keh keh.
haha.besala fara..rambut sama hitam,itu pun bknla sama2 hitam sgt pun,ade yg kelabu,ade yg coklat...hehe.itu blom lg,yg saing anak sape comel, anak sape sekolah pandai2..hmm.mcm2!
beb!peknen eh?wah tahniah2!mari sama2 kita mengusung perut ini lagi 9 bln..ahaha.
tu perkara biasa farah.. buat tak faham jer orang macam ni...
Survival of the fittest kan. haha. Saya pun tak faham orang yang suke benor akan competition ni. kita tengokkan aje. nanti dia carikla orang lain nak ajak bertanding tu.
btol tu farah. rambut sama hitam, hati lain2.. mmg byk je org yg dengki n suka nak compete x tentu pasal ni.. ntah pape jer.. huhuhu. rezeki masing2 la kan? :)
Aku kalaaahhhhhhh.
Haha.
Ah well. Some people treat life as a competition. Kenkadang ade jugak remarks tak bagus keluar dari mulut aku, but try to rectify it.
hehe
macam2 kan org ni kan..
rezki allah bagi..wape nak lumba2.
Allah bagi rezki,allah gak boleh tarik.
abaikan je org2 gni,farah..
setuju dengan pendapat puan,
semua nak menang, sapa nak kalah pula. kalah dalam hal hal ni tak rugi pun
Post a Comment