Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan & Raya ramblings

Ramadhan ramblings:

1. sangat menyampah & sedih tengok ramai betul operator yg tak berpuasa. ada jek yg kantoi hisap rokok & makan dlm locker room. paling menyampah operator² yg dah level nak pencen tu. bila tanya "bistu kat rumah ni puasa ke x?", dia jawab "kat rumah puasa mcm biasa laa .. segan laa dgn anak bini kat rumah ..". pfffttttt.

2. first week puasa lagi hubs dah g bayar zakat fitrah. yeah.

3. berbuka dgn kadar biasa sahaja. maklumlah most of the time berbuka berdua dgn mak. kadar berbuka dgn hafdzuan 3kali seminggu. boleh la.

4. berat terkini di bulan puasa - 57kg. senyum dan senyum dan senyum. kan dah kata sebelum ni, utk capai berat ideal (58kg) its easy peasy ;)


Raya ramblings:

1. baju raya - disebabkan hadzim dah ada 2 jubah kaler grey, jadi i pon decide utk buat tema grey tahun ni. baju hafdzuan beli yg dah siap je, tp baju sendiri haruslah hantar tailor. dan tahun ni ada drama dgn makcik tailor. *dush* first time hantar - lengan & part dada sgt besar, 2nd time hantar alter, sgt sempit kat part dada, haih sampai 3x hantar alter baru ok. tu pon hasil tak brape memuaskan. haih makcik, kalau tak pandai jahit baju kurung moden + lining bgtau jek la. senang cerita. baju raya i bukan baju eksperimen. tak pe la. harap² tak de orang perasan kecacatan minor tersebut.

2. tudung raya - sebagai peminat tudung bawal, i sangat kecewa sebab susah giler nak carik tudung bawal sekarang ni. huwaaaaaa. kalau ada pon yg 2nd class & sulamnya tak lawa langsung! jadi terpaksa la i akur dengan trend terkini sekarang yg pakai tudung sarung lycra tu. tapi nak beli ariani? tsk. tsk. masih belum mampu untuk spend more than rm50 utk tudung sehelai. lebih baik beli baju terus ;)

3. duit raya - on good side, bajet duit raya mmg kurang sikit thn ni sebab tak balik singapore. *hehehehehe* but on the bad side, kuranglah duit raya hadzim tahun ni sbb tak dapat Sing$$$. :(

4. kuih raya - usahasama membuat kuih raya dgn my mom. buat 3 jenis sahaja thn ni. tart nenas (nenas tu ngelat beli jam dah siap & alter sikit :P, raya wajib ada tart nenas!), chocolate chips (resipi from nigella bites yg telah di google) & badam suji (resipi mama). hadzim pon asyik nak tolong buat sekali. hurggghhhh mmg tensyen! lagi 4 jenis my aunty from singapore dah siap² bg. hehe. ok lah tu dah ada 7 jenis.

5. tahun ni tak dapat puasa penuh macam tahun lepas...! taksuke taksuke taksuke.

6. cuti & balik raya - dapat seminggu cuti raya tahun ni. tapi hubs plak raya ke-4 dah naik kursus. tahun ni beraya di rumah baru in-laws di Pedas & Kuala Pilah. raya ke-2 bertolak ke kampung nenek i di kuantan. hoyeahhh.


to all my readers,
selamat hari raya aidilfitri.

maaf zahir & batin.

have a good one yaa! :)


tema purple di hari raya tahun sudah .. tahun ni kita tukar grey plak ok! :)

9 comments:

dedalie said...

farah,
kaler dinding ko tu same kaler ngan dinding dining room aku hehehehe

selamat hari raya babe :)) maaf zahir batin kalau ada tersalah silap. have a joyful raya and safe trip!!

ashra said...

samalah kita.aku pun peminat bawal..epoh tak suka tgk muka aku pakai tudung ala ariani tu.die kate tak kena dgn aku.haha

selamat hari raya wat ko sekeluarga ya! mwahhh to hadzim..
harap2 kitaorg berkesempatan raya umah ko thn ni.mmg ada plan nak gi ni.kalu jadi,masak sedap2 ye.hehe

p!nkerton said...

tskkk jeles bab berat badan ideal tu hukhuk!
cantek gambar last tu, we ols pun pepel last year. thn ni liplap sket ahaha matila sbnrnye segan nak pakai ;p
selamat hari raya farah & family! enjoy ;)

FrH said...

dalie - haha ye ke? tp tu dinding umah bapak aku .. bukan umah aku ;) selamat hari raya & maaf zahir batin jugak. same goes to u :)

ashra - hihi ye ke. hubs aku plak kata ok gak aku pakai tudung ni hehe. selamat hari raya utk kau sefamily jugak. dtg raya rumah aku oiii sbb dh byk x bgtau nk dtg!! hehe. aku pn nk dtg raya umah kau jugak :)

fatih - ye ke, ramai btol yg purple last year =) hahahaha ni lg xsaba nk tgk baju lap lip u too hehe. same goes to u. enjoy sakan lap lip ok!! :)

Psyche said...

Selamat Hari Raya to you and family! =)

Psst. I agree, tudung bawal memang susah nak carik sekarang ni! Kena pi balik kampung carik kat kedai lama kat ceruk-ceruk, baru jumpa tudung bawal cantek (tp advantagenya, dah murah sket.. hehe).

atulhani said...

selamat hari raya kak...
* kak, saya bila dah start pakai tudung lycra tuh, malas dah nak pakai tudung bawal hehehe .. tapi sama gak, tak mampu nak spend beli mahal2 sangat..

Mrs Z said...

Hi FrH. You pun ada masalah dgn tailor? Ingatkan I sorang je.

Anyway, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf, zahir dan batin. Looking forward to your Raya updates with pics of Hadzim in his jubahs and baju raya. :D

Have a good Raya. Take care.

FrH said...

arfah - tq! selamat hari raya to u & ur family too :) heh, yelah. tp kat kampung mana? kat kelantan boleh laa .. huhu.

atul - haha tgk pasni i jadik malas ke x nk pakai tudung bawal lps pakai tudung sarung :P (ehh bukan kita sebaya ke .. u panggil i "kak"? huwaaa terasa tua plak ;) )

mrs z - aahh. ni tailor yg kt sini. biasanya hantar baju kurung biasa ok jek dia jahit. xtau plak dia xpandai sgt on baju kurung moden. huhu. selamat hari raya & maaf zahir batin too~ jgn lupe update raya jugak! :)

jiwasintetik said...

kira ok la tu 3 kali seminggu, aki ngan jamal 3 hari je setahun... sedey ooo...