Dulu, masa single, apakah jenis pekerjaan yang dicari?
1 - gaji yg ok. masa fresh dulu tak boleh demand sgt gaji, so redha jek la. tapi cara nak dapat gaji lebih ialah dgn oti sampai lebam.
2 - balik lambat pon xde hal. tak de apa nak pikir. kalau balik malam boleh lepak mamak dgn kawan-kawan. or pergi tengok wayang. or karaoke.
3 - colleague + boss yg ok.
4 - kerja yg mencabar. rasa semangat sikit. biasalah, perasaan baru grad. semua nak nampak hebat.
lepas kahwin & jadi ibu, apakah jenis pekerjaa yang dicari?
1 - dekat dgn rumah. sbb boleh kuar pegi keje lewat, balik awal, masa lunch hour bole balik rumah ---> suap anak makan, main kejar-kejar dgn anak, atau pon bf anak, atau pon sidai baju yg xsempat sidai pagi td, ataupon keluarkan ayam dari freezer.
2 - tepat pukul 5.30 dah shutdown pc. ok, kalau kadang-kadang tu kene stay apa salahnya. tapi "kadang-kadang", bulan "selalu".
3 - tiada kerja yang perlu dibawa pulang ke rumah. come on, kat rumah pon dah byk kerja nak buat. takkanlah masa kat rumah pon nak buat kerja office? no way.
4 - gaji yg tinggi sikit. yelah nak improve ekonomi keluarga, maklumlah partner keje gomen, berjanggut jugak nak tunggu dia naik gaji .. so i need to make my move laa.
5 - kerja yg mencabar? perlu rasanya. sebab sekarang ni rasanya dah duduk dlm confort zone sangat. boring!
as for now, i do achieve no 1-3 at my current work place. so i try carik kerja tempat lain sbb - reason no 4 & 5, tp still i nak maintain ciri-ciri 1-3 kat new place. heh. boleh dapat ke?
owh please, jangan suggest kerja gomen. cukuplah hubby seorang saja kerja gomen. i tak minat. dan tak rela nak drop gaji lagi seorang. cukuplah hubby dulu drop gaji, dah rasa dah penangannya. tak sanggup!
jadi kisahnya, 2 minggu lepas i pon attendlah interview, somewhere around my place (kan dah kata nak carik keje yg dekat dgn rumah!).
dah lama tak pegi interview, dah 3 tahun tak pergi. mcm-mcm kene refresh & prepare.
soalan-soalan semua macam biasa jek. cuma ada tambah sikit, especially part personal.
antaranya:
1. husband kerja mana? Owh ok .. kerja gomen .. so ada possibility tak untuk husband kene transfer tempat lain?
2. ni rumah duduk sekarang ni rumah sewa ke beli? Owhh rumah beli .. maknanya duduk sinilah sampai mati? tak kan pindah lagi la eh?
3. dah ada anak? habis tu anak sape jaga? Owh mak jaga, bukan hantar nursery .. jadi senanglah nak travel oversea selalu & balik lewat malam?
bila cakap part travel tu seronok jek dengar, bila part balik lewat malam tu dah mcm berdebar sikit.
4. anak dah berapa tahun? ada perancangan tak untuk tambah anak? bile mahu tambah anak?
Kalau pon aku plan nak tambah anak minggu depan pon, takkanlah aku nak bgtau kau? mestilah aku kencing .. kalau tersangkut lepas dapat keje baru ni aku jawab jek lah, “accident”, senang cite. hadoi. Jangan harap la aku nak bgtau seikhlasnya bila aku plan nak tambah anak. It’s none of your business. bluekkk.
Kemudian, pasti ada soalan yang menaikkan adrenalin & menghilangkan terus adrenalin dalam diri, seperti:
soalan menaikkan adrenalin:
interviewer: “kat sini normally kita akan travel banyak, pergi jumpa vendor .. dan biasanya kene pergi business trip to Holland, US & Japan sampai seminggu dua. So are you willing to travel?” dengan tengah control sebab bijik mata terjegil sekejap (teruja sebab dengar dapat travel sana sini!), I pon dengan rileksnya jawab of course la laa willing to travel .. tak de hal punya maaa. Anak I mak I jaga, bukan hantar nursery so itu bukan masalah besar untuk I .. (control emosi lagi).
I knew I am too close to get the job, until the next question that makes my jaw drop on the table...
soalan yang terus menghilangkan adrenalin:
Interviewer: “normally we went back at 7 or 8 pm. But if you need to complete something urgent, u need to stay until you finish your work. Some of our engineers has not been home for 2 days.”
ok, dengar macam tu mmg i dah tak dapat control air muka dah. what? normal working hour balik at 7-8pm, abnormal is - not been home for 2 days?
agaknya tengok air muka i jek diorang dah tahu jawapan apa yang i nak bagi... i was just failed miserably on hiding my emotions ..
so kerana 1 soalan puaka itu, terus confirm i tak dapat job tu.
maka nampaklah kelemahan wanita-berkerjaya-berkahwin-dan juga seorang ibu.
bila tanya pendapat hubby, pendek sahaja jawapan dia “u tengok muka hadzim la, dia ada jawapan utk u. tqvm”.
haih. salah i ke pilih course engineering masa belajar dulu?
macam mana nak carik keje yg dapat semua ciri-ciri 1-5 yg dicari?
haih.
kalau ada anak perempuan lepas ni mmg i tak nak bagi dia amik engineering course lagi!!!
:(
10 comments:
hmm.ciri2 1-5 itu ada pada kerjaya seorg perempuan bergelar cikgu kpli..haha.aku bkn sesaja le wat tatau offer jd programmer atau yg sehubung dgnnya..sumanya adalah kerna kekangan2 yg dah ko sebut semua di ats..haha.
*suma lengkap ciri 5 ko nak,cuma ciri ke 6 la ko tk berkenan kan.cikgu adalah gomen..;)
*ramai weh cikgu kpli adalah bekas engineer dan bekas akauntan.dan bekas programmer.apapun, saya amat mencintai tugas aku skrg.sbb kekadang bila anak demam ke hape,tak susah hati..bleh keluar skolah,if kelas dah selesai.huhu
haa.bab gaji tu..gaji kiterang tk lebat tau.so jgn aa ada yg marah klu kiterang dpt bonus ke hape..haha.itu ajala yg kerajaan bley kasik pun skali skala guna duit rakyat.hehe
FrH:
Lain kali, you tipu aje time interview. Bila they all tanya whether you boleh buat itu ini, you cakap aje boleh. Bila dah dapat kerja tu, lain cerita.
Selalunya, org HR mmg akan tanya soalan2 extreme. Standardlah tu. (The reason I tahu coz I dulu HR manager. :p) The company can't simply fire you sebab you tak boleh balik lambat. Kalau you boleh settle kerja on time, who are they to stop you from going back on time. Lagi pun, dlm LOA, dah stated official working hours from what time to time. Takde tertulis dlm LOA, you kena balik lambat kalau lambat habis kerja. Itu faham2 sendirilah!
I observe masa I was still working dulu, the reason org selalu balik lambat is b'coz masa kerja, sibuk buat benda lain besides doing the actual work. Bila dah habis official working hours, baru terkejar-kejar nak habiskan kerja. Ada setengah tu, saje lambatkan kerja sbb nak claim ot.
Don't give up looking for a better job. I'm sure there's something suitable waiting for you.
heheh selamat berjaye Farah..
donat - keje skrg pon aku sgtlah flexible, boleh kuar hantar anak g klinik, bole kuar kejap balik umah. mmg tak de hal. the point is aku xnak msk gomen sbb aku xsanggup gaji drop lagi .. huhu. cukuplah husband aku dulu drop byk gile, aku xbleh drop gaji lg dah.. dan aku mmg xde minat lgsg jadik cikgu .. thehehe. kau dah ok sbb dah jumpe confort zone kau, aku skrg tgh mencari2 confort zone yg bole menepati ciri2 esp yg ke 4 tu :)
Mrs Z - thank u for the words. masa iv aritu mmg dah berkobar2 la ckp mmg bole buat keje, tu mmg my food (:P), tp bile dia ckp kene selalu blk mlm tu mmg dah xbleh control emosi dah .. huwaaaa. takkan i nak tipu i sanggup blk keje mlm, but when the time comes & need me to stay until late night i nak balik awal plak so xsedap la, nnt org kata masa iv poyo sgt ckp boleh blk mlm bla bla bla. so lebih baik i ckp awal2 i xsanggup nk selalu keje blk mlm. i was just being honest.. tq! hope i dptlah keje idaman i ni ..
nasrul - owhhh kau gelakkan aku ye. hehe. tq. mudah2an :)
dude. relax la. jgn salahkan masa lampau. Tak salah pun cuma, mungkin belum ada rezeki tempat lain.
Chill ok.
having kids memang ubah langsung kehidupan, kerjaya. hehehehe.. They become our first priority.
Good Luck ya! =)
hehe.farah..suka gak luahan ko ni.
emm..u r totally rite! aku sok aleesya pun cam tak nak encourage jadi engineer..(esp civil eng cam aku)haha.tapi,up to her la kan.tak kisah je.pandai la die handle life die nti.
tp,pk2 balik,keje apa yang tak bz?aku tgk mbr aku,doc,pun bz sama je.good career comes with good income.tu la cita2 semua org dr sekolah...mana pk life pas kawen dolu2.hehe.
cuma,aku terpk sesuatu la..perempuan ni,yang payah nak keje bes2 sbb nak urus hal rumahtangga.(tp,ada je yang berjaya dua2 ~ karier dan rumahtangga,mmg aku kagum la..)
pada aku la ek,pada aku laa..plg bes keje,keje gomen atau cikgu/pensyarah.dulu,aku minat gak jadi cikgu,tp,ye la kan,nak up nye pasal,amik la civil engineering.huhu.tak sangka bila da keje,aku tak minat pun engineering sbb aku mula keje dgn swasta kan.part kena maki,balik 2-3pagi siapkan design buat aku tak thn,tapi,tang gaji (masa bujang,enjoyla kan..)
dua tiga kali aku amik KPLI,takder rezki gak.skang aku mintak gomen je.ye la kan,aku kat sini,tak sapa nak jagakan anak.tu je la plg sesuai..tak nak aku tinggalkan anak aku kat org tak kenal lama2.
kalu ko ty aku,aku tak nak jawab,housewife or berkarier lagi bes?sbb dua2 ada pros n cons.aku tawakal je pada rezki.hehe
btw,aku pun tatau nak wish apa.aku doakan ko dapat keje tu,dekat sket ngan rumahkan..tp,kalu ko dapat keje tu,mmg byk gak pengorbanannya..btw,ur hubby is rite!ni baru hadzim,ada lagi ramai bakal nyusul kan?hehe
doa dan tawakal la k?kalu dapat nti,wat la istikarah,biar yang terbaik tu dtg dr allah kerana allah lg tau urusan kita masa depan.hehehe..
rembo - haha. ada sedikit menyesal jugak la. tp xpe la, life must go on. cuma harap lps ni ada rezeki lebih baik kat tempat lain :)
arfah - that is totally true!! semangat nak jadik wanita bekerjaya mmg dah merudum sikit sejak dah ada anak. kids are everything for us. tu mmg xkan regret :) tq for your words! :)
ashra - wahh panjang jugak luahan kau ;)
btw, sis-in-law aku pon doctor jugak .. xde la bz sgt, ok jek aku tgk. sharp pkl 5 dh balik rumah (sbb dia servis kt klinik bukan hosp) .. plus boleh dpt side income lg (buat locum). mcm kita ni susah sikit la nak side income .. lgpon mcm diorang syok jugak, kalau dah xservis dgn gomen bole bukak klinik sendiri. tp kalau mcm kita? nak bukak kilang sendiri? huwaaaa. lg lah bz.
ashra aku mmg xminat nk jadik cikgu/lecturer. nk keje gomen gaji kene drop, mmg xsanggup. plus, keje gomen gaji paling tinggi ialah PTD (dan paling senang naik), tp aku tengok hubs aku keje PTD aku xminat la. keje dgn org, owhh sungguh xminat! aku lg prefer keje dgn mesin lg senang, xbyk ragam. kalau nak jadik engineer dlm gomen boleh, tp lambat naik, gaji pon xlebat. so nampaknya keje gomen mmg out of my list la. lgpon hubs aku ckp xyah la 2 2 keje gomen, biar either 1 jek keje gomen..
nak jadik housewife pon .. hurmmm tak ready lg la. tak boleh bayang hidup kt rumah jek :(
tq ashra. job ni rasanya mmg xdpt dah. kalau dpt pon aku akan tolak sbb xsanggup nk blk mlm .. skang harap dpt peluang & rezeki tempat lain jek la. tq anyway! :)
sebab tu aku tak kawen2 kot........ he he....... (ayat kaber frust tak kawen2)
Post a Comment