Thursday, September 30, 2010

mengadu domba perihal anak sendiri

hadzim has turn 15 months old today.
syukur alhamdulillah.
besides being grateful of what he is right now, ada masanya i pon pening kepala dgn anak yang sorang ni (ni baru sorang, kalau seploh camne??!!).

eventhough hadzim has not been able to pronounce not a single word yet (mungkin betul teori orang tua-tua, kalau berjalan dulu dia akan bercakap lambat .. sebab hadzim had his first step before he reach 9 months!), tapi aktif dia dah cukup memeningkan kepala (mungkin kalau dah petah bercakap, diselangi dengan perbuatan yang aktif akan lebih memeningkan kepala .. kot??).

antara aktiviti-aktiviti di rumah yang memeningkan kepala sekarang..

suka berdiri atas coffee table kaca di rumah. aduhhh. kalau tak pon dia main sorok-sorok kat bawah coffee table tu. siap ajak cousin dia join sekali dok bawah meja. bunga kat atas coffee table hanya akan diletak bila ada orang datang rumah sahaja.

.

.

tak pon dia panjat & berjoget kat atas tv cabinet. sambil mencari punat tv nak tolong switch off tv.

.

.

kalau dah boring sangat, dia panjat tangga ikut out-side the steps which is sangat merbahayakan jantung orang tua.

.

.

atau pon nak tolong bukakkan pintu bila i balik keje, atau pon bila ada orang datang rumah.


ataupon panjat gril dapur sampai atas untuk lihat jiran belakang rumah tengah buat apa (nasib baik jiran belakang rumah tak de anak dara).


semalam, i bawak dia ke klinik kesihatan untuk check-up 15 months.
dan hadzim adalah sangat-sangat-sangat tidak terkawal.

for the first 5 minutes, bolehlah dia duduk diam dekat i.
later on, dia dah start merayap berjalan ke sana ke mari & say "hi" to everybody in the clinic.


hadzim: "hello awek. duhhh sombong laa pulak. tak pe lah, usya awek lain .. ramai lagi awek nih.."


bila dah boring, pergi plak ke display cabinet klinik tu. nasib baik pintu kaca cabinet tak boleh nak terbukak luas, tapi dia masukkan tangan pulak nak korek apa yang di dalam nak bawak keluar..

hadzim: "ok ni senduk nama dia, jap ehh nak kuarkan bubur palsu untuk bayi ni ..."


lepas tu ibu dah malu sebab hadzim dah start main masak-masak sampai semua orang tengok, i dukung & bawa dia keluar plak.

ok dia pegi panjat gril pintu klinik plak siap sampai atas, sampai ada mak-mak lain yang buat muka terkejut, sambil senyum-senyum, sambil geleng kepala tengok anak i.

aduh, malunya mukeeee.


ada member yang punyai anak perempuan (dan abang i yang 2 2 anaknya perempuan), tak de plak mcm ni ... mungkinkah anak perempuan lebih behave at this age?

dear hubs, masih mahukan anak kedua nanti boy jugak ke?

Saturday, September 25, 2010

i wish u hit the 28 before me!

happy 28th birthday hubs.


sometimes i felt not sure if you're someone i can live with,

but i'm pretty sure you are the one i can't live without.

Friday, September 24, 2010

jasmin: tahniah!



jasmin ialah gadis bertudung biru di dalam gambar
jasmin ialah satu-satunya kawan-rapat-perempuan suami saya sejak sekolah
jasmin ialah kawan pertama saya di serdang
jasmin mempunya kepala yang hampir sama dgn saya
.
.
.
dan jasmin akan menikah malam ini
dan saya sangat gembira untuk dia
dan saya harap dia berbahagia, seperti mana saya
:)

Tuesday, September 21, 2010

Eid '10

tidak mahu ketinggalan update psl raya jugak!!

malam raya - di rumah mertua di Pedas, N9.
rumah ni baru je siap, kalau sblm ni malam raya di serdang.
biasanya pada malam raya, akan ada solat isya' berjemaah sekeluarga & tazkirah aidilfitri oleh pak mertua. first time i dgr tazkirah aidilfitri dgn hubs family ni masa 1st year raya as husband & wife. agak terharu jugak sbb tak pernah ada sblm ni dgn family sendiri :)
topic biasanya berkisar mengenai peringatan ayah kepada anak² & menantu²nya tentang tanggungjawab & kasih sayang.
tapi tahun ni tazkirah pendek sikit sbb hadzim & cousinnya, safwa asyik bersuka ria lompat & panjat atas kerusi meja sana-sini & mengganggu emosi pemberi tazkirah, hehe.


hadzim & jubahnya yg senteng. (*)


hadzim & safwa sibuk tolong setup sejadah (*)


raya pertama - Pedas & kemudian ke Kuala Pilah (atok sblh hub's mom).
tapi mcm biasa, bergambar dulu!.


potrait keluarga on hub's side (*)


our lil family potrait (*)


hadzim's reaction at every shoot. suka sgt dgn flash & thanks to tukang sorak.


sesi bermaafan & salam keruk (*)


hadzim & kurtanya (*)


percubaan mensnap gamba hadzim will his full kurta, tapi gagal.


gagal lagi. masih tak dok diam. dan ibu dah malas nak kejar.


my 2 raya boys.


erkkk. first time pakai tudung sarung. no choice ;)


baru pkl 2, kurta hadzim dah kotor dgn kuah lontong. gagal utk maintain pakai sampai ptg. tukar ke tshirt plak.


seronoknya raya?


perlu dikawal


bila sudah tidak terkawal, dukung adalah kaedah yg paling selamat


raya kedua - Rembau, Tampin dan ke Kuantan (my grandparents).


hadzim & sepupunya, safwa (*)


family photo. lagi.


my grandparents new home, baru siap sblm raya. no more rumah papan ;)


atok, nenek, maksu, sepupu² & adik²


heading back to kl on raya ke-3 as hafdzuan need to continue on his course on that monday.
maka itu sahaja. selebihnya raya adalah setiap weekend. kata sebulan raya!

p/s photos with (*) mark are courtesy from along & kak yunni's camera mahal.

Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan & Raya ramblings

Ramadhan ramblings:

1. sangat menyampah & sedih tengok ramai betul operator yg tak berpuasa. ada jek yg kantoi hisap rokok & makan dlm locker room. paling menyampah operator² yg dah level nak pencen tu. bila tanya "bistu kat rumah ni puasa ke x?", dia jawab "kat rumah puasa mcm biasa laa .. segan laa dgn anak bini kat rumah ..". pfffttttt.

2. first week puasa lagi hubs dah g bayar zakat fitrah. yeah.

3. berbuka dgn kadar biasa sahaja. maklumlah most of the time berbuka berdua dgn mak. kadar berbuka dgn hafdzuan 3kali seminggu. boleh la.

4. berat terkini di bulan puasa - 57kg. senyum dan senyum dan senyum. kan dah kata sebelum ni, utk capai berat ideal (58kg) its easy peasy ;)


Raya ramblings:

1. baju raya - disebabkan hadzim dah ada 2 jubah kaler grey, jadi i pon decide utk buat tema grey tahun ni. baju hafdzuan beli yg dah siap je, tp baju sendiri haruslah hantar tailor. dan tahun ni ada drama dgn makcik tailor. *dush* first time hantar - lengan & part dada sgt besar, 2nd time hantar alter, sgt sempit kat part dada, haih sampai 3x hantar alter baru ok. tu pon hasil tak brape memuaskan. haih makcik, kalau tak pandai jahit baju kurung moden + lining bgtau jek la. senang cerita. baju raya i bukan baju eksperimen. tak pe la. harap² tak de orang perasan kecacatan minor tersebut.

2. tudung raya - sebagai peminat tudung bawal, i sangat kecewa sebab susah giler nak carik tudung bawal sekarang ni. huwaaaaaa. kalau ada pon yg 2nd class & sulamnya tak lawa langsung! jadi terpaksa la i akur dengan trend terkini sekarang yg pakai tudung sarung lycra tu. tapi nak beli ariani? tsk. tsk. masih belum mampu untuk spend more than rm50 utk tudung sehelai. lebih baik beli baju terus ;)

3. duit raya - on good side, bajet duit raya mmg kurang sikit thn ni sebab tak balik singapore. *hehehehehe* but on the bad side, kuranglah duit raya hadzim tahun ni sbb tak dapat Sing$$$. :(

4. kuih raya - usahasama membuat kuih raya dgn my mom. buat 3 jenis sahaja thn ni. tart nenas (nenas tu ngelat beli jam dah siap & alter sikit :P, raya wajib ada tart nenas!), chocolate chips (resipi from nigella bites yg telah di google) & badam suji (resipi mama). hadzim pon asyik nak tolong buat sekali. hurggghhhh mmg tensyen! lagi 4 jenis my aunty from singapore dah siap² bg. hehe. ok lah tu dah ada 7 jenis.

5. tahun ni tak dapat puasa penuh macam tahun lepas...! taksuke taksuke taksuke.

6. cuti & balik raya - dapat seminggu cuti raya tahun ni. tapi hubs plak raya ke-4 dah naik kursus. tahun ni beraya di rumah baru in-laws di Pedas & Kuala Pilah. raya ke-2 bertolak ke kampung nenek i di kuantan. hoyeahhh.


to all my readers,
selamat hari raya aidilfitri.

maaf zahir & batin.

have a good one yaa! :)


tema purple di hari raya tahun sudah .. tahun ni kita tukar grey plak ok! :)

Thursday, September 02, 2010

kenapa susah sgt nak hire married woman+a mom as an engineer?

Dulu, masa single, apakah jenis pekerjaan yang dicari?
1 - gaji yg ok. masa fresh dulu tak boleh demand sgt gaji, so redha jek la. tapi cara nak dapat gaji lebih ialah dgn oti sampai lebam.
2 - balik lambat pon xde hal. tak de apa nak pikir. kalau balik malam boleh lepak mamak dgn kawan-kawan. or pergi tengok wayang. or karaoke.
3 - colleague + boss yg ok.
4 - kerja yg mencabar. rasa semangat sikit. biasalah, perasaan baru grad. semua nak nampak hebat.


lepas kahwin & jadi ibu, apakah jenis pekerjaa yang dicari?
1 - dekat dgn rumah. sbb boleh kuar pegi keje lewat, balik awal, masa lunch hour bole balik rumah ---> suap anak makan, main kejar-kejar dgn anak, atau pon bf anak, atau pon sidai baju yg xsempat sidai pagi td, ataupon keluarkan ayam dari freezer.
2 - tepat pukul 5.30 dah shutdown pc. ok, kalau kadang-kadang tu kene stay apa salahnya. tapi "kadang-kadang", bulan "selalu".
3 - tiada kerja yang perlu dibawa pulang ke rumah. come on, kat rumah pon dah byk kerja nak buat. takkanlah masa kat rumah pon nak buat kerja office? no way.
4 - gaji yg tinggi sikit. yelah nak improve ekonomi keluarga, maklumlah partner keje gomen, berjanggut jugak nak tunggu dia naik gaji .. so i need to make my move laa.
5 - kerja yg mencabar? perlu rasanya. sebab sekarang ni rasanya dah duduk dlm confort zone sangat. boring!



as for now, i do achieve no 1-3 at my current work place. so i try carik kerja tempat lain sbb - reason no 4 & 5, tp still i nak maintain ciri-ciri 1-3 kat new place. heh. boleh dapat ke?

owh please, jangan suggest kerja gomen. cukuplah hubby seorang saja kerja gomen. i tak minat. dan tak rela nak drop gaji lagi seorang. cukuplah hubby dulu drop gaji, dah rasa dah penangannya. tak sanggup!


jadi kisahnya, 2 minggu lepas i pon attendlah interview, somewhere around my place (kan dah kata nak carik keje yg dekat dgn rumah!).
dah lama tak pegi interview, dah 3 tahun tak pergi. mcm-mcm kene refresh & prepare.


soalan-soalan semua macam biasa jek. cuma ada tambah sikit, especially part personal.
antaranya:

1. husband kerja mana? Owh ok .. kerja gomen .. so ada possibility tak untuk husband kene transfer tempat lain?

2. ni rumah duduk sekarang ni rumah sewa ke beli? Owhh rumah beli .. maknanya duduk sinilah sampai mati? tak kan pindah lagi la eh?

3. dah ada anak? habis tu anak sape jaga? Owh mak jaga, bukan hantar nursery .. jadi senanglah nak travel oversea selalu & balik lewat malam?
bila cakap part travel tu seronok jek dengar, bila part balik lewat malam tu dah mcm berdebar sikit.

4. anak dah berapa tahun? ada perancangan tak untuk tambah anak? bile mahu tambah anak?
Kalau pon aku plan nak tambah anak minggu depan pon, takkanlah aku nak bgtau kau? mestilah aku kencing .. kalau tersangkut lepas dapat keje baru ni aku jawab jek lah, “accident”, senang cite. hadoi. Jangan harap la aku nak bgtau seikhlasnya bila aku plan nak tambah anak. It’s none of your business. bluekkk.


Kemudian, pasti ada soalan yang menaikkan adrenalin & menghilangkan terus adrenalin dalam diri, seperti:

soalan menaikkan adrenalin:
interviewer: “kat sini normally kita akan travel banyak, pergi jumpa vendor .. dan biasanya kene pergi business trip to Holland, US & Japan sampai seminggu dua. So are you willing to travel?” dengan tengah control sebab bijik mata terjegil sekejap (teruja sebab dengar dapat travel sana sini!), I pon dengan rileksnya jawab of course la laa willing to travel .. tak de hal punya maaa. Anak I mak I jaga, bukan hantar nursery so itu bukan masalah besar untuk I .. (control emosi lagi).

I knew I am too close to get the job, until the next question that makes my jaw drop on the table...

soalan yang terus menghilangkan adrenalin:
Interviewer: “normally we went back at 7 or 8 pm. But if you need to complete something urgent, u need to stay until you finish your work. Some of our engineers has not been home for 2 days.”
ok, dengar macam tu mmg i dah tak dapat control air muka dah. what? normal working hour balik at 7-8pm, abnormal is - not been home for 2 days?
agaknya tengok air muka i jek diorang dah tahu jawapan apa yang i nak bagi... i was just failed miserably on hiding my emotions ..

so kerana 1 soalan puaka itu, terus confirm i tak dapat job tu.
maka nampaklah kelemahan wanita-berkerjaya-berkahwin-dan juga seorang ibu.

bila tanya pendapat hubby, pendek sahaja jawapan dia “u tengok muka hadzim la, dia ada jawapan utk u. tqvm”.


haih. salah i ke pilih course engineering masa belajar dulu?
macam mana nak carik keje yg dapat semua ciri-ciri 1-5 yg dicari?
haih.
kalau ada anak perempuan lepas ni mmg i tak nak bagi dia amik engineering course lagi!!!
:(