bz bebenor lately ni.
but i have to finish my Bandung trip journal kalau tak menyesal nanti, xde rekod, ngeeeeee.
sebab dah kesuntukan masa mengupdate blog, maka Bandung day 3 & day 4 dicombinekan terus. lagi pon xde byk aktiviti pon sbb aktiviti day 3 & day 4 adalah sama iaitu sesi merabakkan poket ahaks ...
day 3 - disebabkan hari tu ialah hari isnin, maka guest house dah banyak kosong, so tak de buffet. tekejut we olz tetiba sampai lobby tgk xde breakfast ... rupanya diorang buat ala carte ajew (bajet sbb tak ramai org haha, yelah guest house, kecik jew, bukan otel besar2 pong ..).
nasi kuning as breakfast dgn orange juice. sedap gaks.
lps breakfast terus ke jalan cibaduyut. ni leather area.
hubs bought leather working bag for himself, barulah matching dgn baju keje pakai tie (iyolahhhh). tak amik gamba.
faeez bought leather shoes for horse riding. tak amik gamba gaks.
lunch di restoran apa ntah, tempat bakso yg famous.
tapi bakso dia mcm yong tau fu plak ... haha. tapi murah gile kotttt. sampai tambah 2x hihi.
di kedai bakso famous
lepas lunch, sambung shopping kat area jalan riau.
aku dah shopping baju tak hengat dah .. eyh tapi bukan beli utk diri sendiri dan anak2 jek, utk anak2 sedara dan kaum keluarga skali.
lepak minum juice sambil makan batagor (tak paham nape diorang suka sgt shortformkan segala benda, even goreng pisang pon jadik gorpis haha!).
dan sambung shopping. sampai malam. singgah pizza beli dinner. pizza bakso u olzz, haha.
gembira dapat menikmat pizza bakso.
aktiviti malam terakhir - packing. ni yang paling seram ni, takut exceed baggage!
day 4 (last day) - checkout dan bersedia untuk pulang. tapi flight petang, so kita jalan-jalan habiskan duit lagi (hihi).
fina dah ready nak balik. ibu masih cuak kot-kot exceed baggage. harap-harap tidak!
breakfast ala carte. lupe dah makan apa haha.
berjalan-jalan di chi-walk (chihampelas walk). cantik gak.
caption khas untuk mama (hihi).
layan bakso lagi (bakso version kedai mahal haha). dengan 'lapang sasar' (fruit cocktail, best gileww).
6pm - sudah pulangggggggggg. fina buat scene mengamuk nak tido dalam flight masa nak landing. and i become famous :P. macam biasa, the magic hands menyelamatkan keadaan (mama's hand of course).
pulang dengan hati gembira kerana excess baggage hanyalah 1kilo hewhewhew (tu pon tak yah bayar sbb faeez showed his ID staff card, gunakan kuasa yang ada ahaks).
mahu pegi lagi, tapi kene pegi dengan duit berkepuk-kepuk laaa ... :)
1 comment:
Hehe.scene mengamuk tu yang best kan..
Owhh..manja ngan nenek ye fina...saje je wat ibu jadi femes..
So next ke mana kamu?hehe
Post a Comment