Tuesday, April 03, 2012

sudah sunat!

pada suatu malam, setelah sekian lama si ibu bapa mendragkan upacara men-sunatkan anak perempuannya disebabkan pelbagai masalah (doctor locum la, doctor laki bertugas la, tak buat on weekend laa), maka tanpa berlengah-lengah lagi si ibu dan si ayah telah membawa anak perempuannya ke klinik islam untuk tujuan tersebut. tidak diendahkan walaupun malam sudah menjelma, yang penting misi untuk mensunatkan anak perempuannya tercapai pada hari tersebut.


 inilah anak perempuannya yang berusia 4bulan 1mg) yang kelihatan terkejut dengan keputusan ibu bapanya untuk membawa anaknya ke klinik untuk disunatkan pada malam itu juga (2/4/12, 8.30pm). 


sampai sahaja di klinik, kelihatan begitu ramai orang sekali. waktu menunggu adalah hampir sejam. ibunya kelihatan semakin resah kerana berdebar untuk mensunatkan anak perempuannya.
setelah tiba gilirannya, maka si ibu dan si ayah masuk ke dalam bilik doktor & memberitahu hajat mereka.
anak perempuannya disuruh berbaring di atas katil yang disediakan.


anak perempuannya sudah dibuka seluarnya & bersedia untuk disunatkan.


doktor perempuan yang akan melakukan pen-sunatan anak kecik itu telah mengeluarkan gunting & memberitahu kepada si ibu bapa, 
gunting hujung sikit ni jek ... 

si ibu yang biasanya agak rock (tapi malam ni jadik penakut plak) tapi masih nak tengok upacara tersebut memegang anak keciknya supaya tidak banyak bergerak. doktor kata,
agah-agah dia sikit. biar dia ketawa-ketawa.

si ayah pon mengagah-agah anak keciknya. anak keciknya ketawa-ketawa gembira sebelum doktor tersebut zasssssss menggunting hujung tutttt nya. anak keciknya yang pada mulanya ketawa kerana diagah oleh ayahnye tiba-tiba terdiam terkedu namun tidak menangis. kelihatan konfius sekali.
si ibu pula yang konon-konon berani nak tengok, telah terrrrrpalingkan mukanya ke arah lain sesambil terasa ngilu tak pasal-pasal, macamlah dia yang kene sunat.

ok sudah setel, setelah terlihat darah. doktor kata,
ni ada darah sikit ni. ni saya letak kapas nanti balik keluarkan kapas dan letak cream pada tutt nya. bagi ubat sekali. kemungkinan dia akan menangis bila kencing nanti sebab pedih.

sedikit ubat makan & krim sapu diberikan oleh pembantu klinik tersebut. dan si ibu membayar rm25 (murah jek sunat pempuan, sunat laki mahal lgggg).
keluar sahaja daripada klinik, si ibu yang tak habis-habis rasa ngilunya tetiba terkeluar air mata kewanitaannya yang konon-konon feel the pain seraya berkata pada si ayahnya,
eyhhhh ... i plak yang rasa ngilu ... tapi kenapa fina cool jek ..?

si budak kecik pulang dengan perasaan gembira, ketawa-ketawa. tidak menangis langsung. terer btol si kecik ni.
si ibunya masih rasa ngilu sampai meliu-liut badannya kalau teringat peristiwa sunat tu.

balik tu, si ibu tukarkan pampers anak keciknya. nak letak ubat pada tutnya pon si ibu bertolak-tolak pada nenek si kecik & bapa si kecik --- nampaknya semua penakut. akhirnye si ibu yang letak cream sambil terasa ngilu (yang tak habis-habis lagi).

tapi si kecik tak de plak menangis (sebab kesakitan, menangis sikit-sikit sebab nak tido jek ada la).hebat betul budak kecik ni! ibunya nak tido pon rasa ngilu lagi (dah tido barulah hilang rasa ngilu).

fuhhhhhhh.
maka selesai sudah misi si ibu untuk mensunatkan anaknya.
lega! (lagi lega sebab si kecik tak meragam hehe).

6 comments:

MiszJamal said...

Wah.. baby lagi dah bole sunat eh? Ok.. aku tak tau pasal ini.. ;p

Dils said...

Eii.. kalau aku pon takut nak tengokk.

ak yuyunz said...

hahaha.. kak yun langsung tak jenguk apatah lagi nak letak cream and tengok tuttt aisya.. seminggu ok! haha kesian anak aku..

seminggu slps itu kasi cuci habis-habis la.. :p

FrH said...

jamal - baby girl kecik2 lg dah sunat (xtau laa kalau besar tu besar mana sunat sbb setau aku baby girl smua masa baby lg). boy plak dah besar pn bole sunat, kecik lg pon bole, 2 2 bole. hehe. hehe byk kene belajar lg ni! :)

dila - tau xpe. takut weyhhhhhh. tp xde pilihan lg ... huhu.

kak yun - smeinggu selepas? hahaha lama tuuuu ekekke ;) ok lg seminggu nnt saya check tgk camne :P

atulhani said...

Anneesa sunat masa 1 bulan 1 hari.. ibu & makcik je ada sebab masih dalam pantang, ayah dia takde.. sama gak rasa seram/nyilu gak, tapi xde apa pun. Anneesa nangis sket aje.. pastu macam dah takde apa. relax aje dia hihi. yang ibu dia pulak rasa pelik..."laaaa camtu aje ke yang dipotong" hihihihi..

tahniah ibu fina kerana sudah berjaya sunatkan fina.. memang muka dia macam muka terkejut tadi tu.. comel..

FrH said...

atul - tu laa kita plak lebih2 rasa ngilu kan .. ahahaha over mak2 ni ehehhe.