Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Eid 2013

dah habis raya baru nak upload gamba raya hahahahha.
takpelah, for the sake of the memories :)

Eid 2013: 
1. stay at JB the day before raya with my youngest brother & mama. purposely for smayang raya. lps smayang raya straight balik singapore.
2. another brother faeez kena kerja (dah kerja mcm tu nak buat camno). eldest brother at in laws in Perlis.
3. tema tahun ni (biasalah dah raya mesti ada tema) - hijau & merah (1st raya), grey & pink (2nd raya), blue & brown (3rd raya). completed sampai raya ke3 phewww.
4. raya 1st & 2nd in Singapore, ptg raya ke2 terus balik to my in laws (in Pedas, n9).
5. tetiba ada dpt duit raya brunei tahun ni.
6. raya ke 3 ke rumah atuk hafdzuan di Kuala Pilah.
7. raya ke 4 sambung jalan raya sikit di kawasan sekitar & balik ke rumah dah. tamat raya.
8. raya ke 5 isnin aku dah naik keje kahkahkahhhh (sebab tak de cuti). hafdzuan cuti lagi ngeeeeeee.
9. tak amik byk gamba sebab malas kuarkan slr kahkahkah. nantilah beli compact camera jewww.












Monday, September 03, 2012

Eid 2012 photos

baru terhegeh-hegeh nak upload gamba raya. orang lain dah berkurun upload.
nak wat camne .. naik-naik keje lepas raya terus kene attend training 3 hari ... tak ada masa boleh cilok langsung.

anyways, sebagai mukadimah untuk entry raya kali ni, i just want to share --- puasa i penuh kali ni u olzzzzz (sambil lambai tangan ahak ahak). alhamdulillah, 2 years in a row. best gile kott dpt puasa penuh sebab tak perlu bersusah payah ganti puasa ahak ahak. tapiiiiiii, tahun depan tolonggggggglah jangan puasa penuh harharhar :P. by the way, as mentioned before, ahaks, i lost 2kgs during fasting month. baju nikah sudah muat hewhewhew (baju nikah harus dicuba skali skala, baju bench mark kekdahnye).

30ramadhan - 2syawal --- pedas, batu kikir, rembau, tampin, seremban (hubs side).











3syawal - 4syawal --- singapore (my side).

 1 jek gamba raya kat spore sbb ... yg lain gamba ntahpape so xpayah la upload ...

syawal 4 sebelum balik kl singgah JPO & rumah my inlaws sebab semua hubs sibling was there so mahu amik family photo. maka sila pakai balik baju raya tanpa digosok itew hihi.

us with my mom (tumpang skali amik gamba hihi) *photo credit to along*

hubs family. ramai betul cucu tahun ni! :) (hubs lil sister was not around, sian dia kene raya kat egypt tahun ni). *photo credit to along*

Tuesday, September 21, 2010

Eid '10

tidak mahu ketinggalan update psl raya jugak!!

malam raya - di rumah mertua di Pedas, N9.
rumah ni baru je siap, kalau sblm ni malam raya di serdang.
biasanya pada malam raya, akan ada solat isya' berjemaah sekeluarga & tazkirah aidilfitri oleh pak mertua. first time i dgr tazkirah aidilfitri dgn hubs family ni masa 1st year raya as husband & wife. agak terharu jugak sbb tak pernah ada sblm ni dgn family sendiri :)
topic biasanya berkisar mengenai peringatan ayah kepada anak² & menantu²nya tentang tanggungjawab & kasih sayang.
tapi tahun ni tazkirah pendek sikit sbb hadzim & cousinnya, safwa asyik bersuka ria lompat & panjat atas kerusi meja sana-sini & mengganggu emosi pemberi tazkirah, hehe.


hadzim & jubahnya yg senteng. (*)


hadzim & safwa sibuk tolong setup sejadah (*)


raya pertama - Pedas & kemudian ke Kuala Pilah (atok sblh hub's mom).
tapi mcm biasa, bergambar dulu!.


potrait keluarga on hub's side (*)


our lil family potrait (*)


hadzim's reaction at every shoot. suka sgt dgn flash & thanks to tukang sorak.


sesi bermaafan & salam keruk (*)


hadzim & kurtanya (*)


percubaan mensnap gamba hadzim will his full kurta, tapi gagal.


gagal lagi. masih tak dok diam. dan ibu dah malas nak kejar.


my 2 raya boys.


erkkk. first time pakai tudung sarung. no choice ;)


baru pkl 2, kurta hadzim dah kotor dgn kuah lontong. gagal utk maintain pakai sampai ptg. tukar ke tshirt plak.


seronoknya raya?


perlu dikawal


bila sudah tidak terkawal, dukung adalah kaedah yg paling selamat


raya kedua - Rembau, Tampin dan ke Kuantan (my grandparents).


hadzim & sepupunya, safwa (*)


family photo. lagi.


my grandparents new home, baru siap sblm raya. no more rumah papan ;)


atok, nenek, maksu, sepupu² & adik²


heading back to kl on raya ke-3 as hafdzuan need to continue on his course on that monday.
maka itu sahaja. selebihnya raya adalah setiap weekend. kata sebulan raya!

p/s photos with (*) mark are courtesy from along & kak yunni's camera mahal.

Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan & Raya ramblings

Ramadhan ramblings:

1. sangat menyampah & sedih tengok ramai betul operator yg tak berpuasa. ada jek yg kantoi hisap rokok & makan dlm locker room. paling menyampah operator² yg dah level nak pencen tu. bila tanya "bistu kat rumah ni puasa ke x?", dia jawab "kat rumah puasa mcm biasa laa .. segan laa dgn anak bini kat rumah ..". pfffttttt.

2. first week puasa lagi hubs dah g bayar zakat fitrah. yeah.

3. berbuka dgn kadar biasa sahaja. maklumlah most of the time berbuka berdua dgn mak. kadar berbuka dgn hafdzuan 3kali seminggu. boleh la.

4. berat terkini di bulan puasa - 57kg. senyum dan senyum dan senyum. kan dah kata sebelum ni, utk capai berat ideal (58kg) its easy peasy ;)


Raya ramblings:

1. baju raya - disebabkan hadzim dah ada 2 jubah kaler grey, jadi i pon decide utk buat tema grey tahun ni. baju hafdzuan beli yg dah siap je, tp baju sendiri haruslah hantar tailor. dan tahun ni ada drama dgn makcik tailor. *dush* first time hantar - lengan & part dada sgt besar, 2nd time hantar alter, sgt sempit kat part dada, haih sampai 3x hantar alter baru ok. tu pon hasil tak brape memuaskan. haih makcik, kalau tak pandai jahit baju kurung moden + lining bgtau jek la. senang cerita. baju raya i bukan baju eksperimen. tak pe la. harap² tak de orang perasan kecacatan minor tersebut.

2. tudung raya - sebagai peminat tudung bawal, i sangat kecewa sebab susah giler nak carik tudung bawal sekarang ni. huwaaaaaa. kalau ada pon yg 2nd class & sulamnya tak lawa langsung! jadi terpaksa la i akur dengan trend terkini sekarang yg pakai tudung sarung lycra tu. tapi nak beli ariani? tsk. tsk. masih belum mampu untuk spend more than rm50 utk tudung sehelai. lebih baik beli baju terus ;)

3. duit raya - on good side, bajet duit raya mmg kurang sikit thn ni sebab tak balik singapore. *hehehehehe* but on the bad side, kuranglah duit raya hadzim tahun ni sbb tak dapat Sing$$$. :(

4. kuih raya - usahasama membuat kuih raya dgn my mom. buat 3 jenis sahaja thn ni. tart nenas (nenas tu ngelat beli jam dah siap & alter sikit :P, raya wajib ada tart nenas!), chocolate chips (resipi from nigella bites yg telah di google) & badam suji (resipi mama). hadzim pon asyik nak tolong buat sekali. hurggghhhh mmg tensyen! lagi 4 jenis my aunty from singapore dah siap² bg. hehe. ok lah tu dah ada 7 jenis.

5. tahun ni tak dapat puasa penuh macam tahun lepas...! taksuke taksuke taksuke.

6. cuti & balik raya - dapat seminggu cuti raya tahun ni. tapi hubs plak raya ke-4 dah naik kursus. tahun ni beraya di rumah baru in-laws di Pedas & Kuala Pilah. raya ke-2 bertolak ke kampung nenek i di kuantan. hoyeahhh.


to all my readers,
selamat hari raya aidilfitri.

maaf zahir & batin.

have a good one yaa! :)


tema purple di hari raya tahun sudah .. tahun ni kita tukar grey plak ok! :)

Wednesday, September 30, 2009

Eid 09 potrait

mlm raya - sembahyang jemaah & takbir at in-laws in serdang. pastu terus shoot balik jb.
raya pertama - sembahyang raya di jb & terus balik beraya di spore.
raya ke2 - kat spore & petang tu terus balik pedas, negeri 9.
raya ke3 & ke4 - batu kikir, negeri 9.

gamba byk lg tp kat camera adik-badik yg belum dicopy.
here are some good photos. a family potrait for eid09.



our very first raya with our lil man


gamba adalah berlakon



percubaan mengskemakan gamba. mencabar btol nak amik gamba dgn hadzim ;)



next, potrait raya-version-skema untuk digantung di dalam rumah:

(credit to my bro, fahmi for all the great photos)



eid 09 - we are 3!


before fahmi & his family leaving for Hong Kong. ini version suar jeans. (kenapa laa suami tersayang bole lipat seluar sebelah plak time nih. adoiii. ada sesape bleh editkan tak?)


bersama abah version skema giler. semua kene paksa pakai baju rasmi (masa tu dah raya ke-7!).


secara ringkasnya, raya tahun ni paling best. sebab - sudah beraya bertiga & my brother & his family went back from HK just to celebrate raya.
my eid09 is complete :)